KUALA LUMPUR 26 Sept. - Penganalis politik, Raja Petra Kamarudin mendakwa, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, Dr. Mahathir sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalannya terhadap industri tenaga berakhir.
“Jadi, beliau melakukan sabotaj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran permulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan menyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.
“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan kerugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya melalui portal Malaysia Today, http://www.malaysia-today.net hari ini.
Raja Petra berkata, Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.
Beliau memberitahu, Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk menguasai industri tenaga yang menyalurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
“Apabila Najib menjadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir,” jelasnya.
Menurut Raja Petra, memandangkan Najib tidak boleh memiliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambilalihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/09/serang-1mdb-kerana-industri-tenagaanda.html
No comments:
Post a Comment