Taksub dalam bahasa Arabnya; taasub, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1561 bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik.
Taksub, apabila menguasai, maka jangan hairan jika ia mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh (walau kita pandai) kerana pada waktu itu, fikiran kita telah nekad.
Kalau dahulu, taksub ini sangat sinonim dengan PAS, sehingga membawa kepada skala pengkafiran secara besar-besaran oleh mereka kepada ahli-ahli UMNO. Berpecah belah masyarakat Melayu khususnya, gara-gara ketaksuban kepada pimpinan parti, kepada ahli politik.
Kini, definisi taksub sudah menyeberang kepada bekas ahli-ahli UMNO, yang dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO. Apa tidaknya, segala yang diucapkannya benar, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Seinci pun kita tidak mendengar apa yang diucapkan, dipertikaikan atau dikritik oleh pengikutnya. Bahkan, waima pemimpin tersebut membuat pusingan 360 darjah berbanding dengan apa yang dahulu menjadi “the dos and don’ts”, ia tetap benar dan perlu disokong, seolah-olah seperti “untouchable”.
Kerap kali, alasan seperti jasa, tersohor, negarawan dijadikan hujah agar kata-katanya tidak boleh disangkal. “Apakah tiada langsung jasanya sehingga kamu mengkritik dan menghentam beliau”, begitulah ayat yang sering dilontarkan oleh mantan “orang kuat” PERKASA suatu ketika dalam usahanya untuk menyalurkan pengaruh pemimpin yang ditaksubinya kepada massa.
Apakah hanya kerana jasa, maka beliau tidak boleh dikritik sedang apa yang beliau lakukan sekarang ini bercanggah sama sekali dengan apa yang disampaikannya dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya? Apakah jasanya itu disebabkan oleh beliau semata-mata, tanpa ada sumbangan dari parti yang mengangkatnya selaku ketua ketika itu?
Apakah mampu beliau berjasa, secara berseorangan tanpa sokongan dari seluruh ahli parti? Maka, walaupun lagu kegemarannya ialah “My Way”, maka percayalah, tanpa ahli parti dan dasar-dasar perjuangan parti, impian adalah angan-angan semata. Jasa tetap dikenang, namun pendirian politik semasa juga perlu diambil kira.
Sudah tentu parti lebih besar dari mana-mana individu, sedang pemimpin datang dan pergi, maka wajar untuk kita mentaati pemimpin, apatah lagi jika tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak pernah dibuktikan dan berstatus fitnah. Paling utama, ahli perlu taat kepada parti, kerana persepakatan ahli itulah yang membawa kekuatan, persis beza sebatang lidi dengan seikat penyapu.
Memang sukar untuk berurusan dengan mereka-mereka yang taksub, kerana akal mereka seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Berusaha, dan bertawakkal lah.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/kalau-dulu-taksub-sinonim-dengan-pas.html
No comments:
Post a Comment