Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 23 November 2016

Sampai Tak Tahu Beza Antara Himpunan Haram Dan Aman?



Penulis selalu rasa kasihan pada cara penyokong pembangkang berfikir. Selalu juga penulis geleng-gelengkan kepada apabila mereka tidak tahu membezakan tentang sesuatu yang sah dan tidak sah. Ada juga yang gagal membezakan antara sah menurut Islam dan sah menurut perundangan negara.

Sebagai contoh sah menurut Islam adalah perkahwinan yang dilakukan di Thailand oleh pasangan dari negara kita. Nikah mereka mungkin dianggap sah dari sudut hukum Islam. Namun ia tidak dianggap begitu dari sudut perundangan selagi ia tidak didaftarkan di pejabat kadi.

Berbalik pada cara puak pembangkang berfikir, mereka mempersoal mengapa himpunan baju kuning di ibu negara baru-baru ini dianggap sebagai perhimpunan haram? Penulis geleng kepala bila mereka persoalkan tentang perkara ini.

Apakah mereka terlalu dungu untuk memahami bahawa himpunan itu tidak mendapat keizinan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? Tahukah mereka bahawa Dataran Merdeka itu tertakluk di bawah kuasa DBKL?

Kerajaan mahu buat program pun perlu buat permohonan dan mendapat kelulusan DBKL, takkanlah baju kuning tidak perlu menjalani proses tersebut? Jika kita tidak izinkan orang masuk ke rumah kita, apa yang kita buat jika orang itu berdegil dan masuk juga ke dalam rumah kita?

Malah PDRM juga tidak memberikan kebenaran untuk membuat himpunan aman di Dataran Merdeka kepada baju kuning. Dengan reputasi ganas, sikap buruk dan tunjuk perangai buruk yang memalukan negara, penulis tidak fikir PDRM akan izinkan.

Lainlah jika baju kuning sebelum ini sangat bersih rekodnya, baik dan sopan ketika berhimpun serta patuh pada undang-undang negara. Penulis yakin PDRM mahupun DBKL tidak mempunyai sebarang alasan untuk menolak permohonan baju kuning untuk berhimpun, bukan?

Bila tidak dapat kelulusan, tidak dibenarkan berhimpun, maka tiada sebarang permit kebenaran berhimpun diberi kepada baju kuning, maka ia diistilah sebagai perhimpunan yang tidak sah dari sudut undang-undang. Sebab? Sebab undang-undangnya perlu dapatkan permit meluluskan himpunan terlebih dahulu. Faham?

Jadi, bila himpunan itu dianggap tidak sah dari sudut perundangan, maka sudah tentulah ia dianggap sebagai himpunan haram. Takkanlah susah sangat nak faham? Lupa makan ‘kismis minda’ hari ini? Atau memang otak sudah terlalu tepu untuk berfikir? Hitam sangat hati untuk menerima kebenaran?

Sudah-sudahlah tunjukkan kelemahan minda. Jangan malukan keluarga dengan kedangkalan pemikiran. Penulis kasihan dan doakan agar Allah berikan sinar cahaya pada hati mereka supaya dapat terima yang hak serta membezakan yang batil. Harap cerahlah otaknya…

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/sampai-tak-tahu-beza-antara-himpunan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...