Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 26 November 2016

RUU 355; Penjelasan Dan Harapan

Segala pujian bagi Allah. Selawat dan Salam buat Rasulullah.

1. Sebagaimana diumumkan oleh YAB Timb Perdana Menteri

semalam, Rang Undang-undang 355 (RUU 355) dijangka akan dijadualkan untuk dibahas di Dewan Rakyat pada hari Rabu 23 hb November atau Khamis 24 hb November 2016 setelah

mana perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Bajet 2017 selesai semalam.

2. Ada beberapa Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh Kerajaan perlu didahulukan

untuk dibahas sebagaimana peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Antara RUU yang telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ialah RUU Pentadbiran Undang-undang Islam

(Wilayah Persekutuan (pindaan 2016), RUU Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (pindaan 2016) dan RUU Lambang dan Nama.

3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang di Dewan

Rakyat adalah bertujuan meminda kadar hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri agar menurut undang-undang Syariah.

4. Usul ini akan membuka

ruang untuk 3 kesalahan jenayah syariah dihukum berdasarkan undang-undang Syariat iaitu bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin sebanyak 100

sebatan syarie, Qazaf sebanyak 80 sebatan syarie dan minum minuman memabukkan sebanyak 40 sehingga 80 sebatan syarie berdasarkan khilaf antara mazhab fiqh.

5. Ketiga-

tiga kesalahan tersebut telah sedia dibicarakan di Mahkamah Syariah pada hari ini tetapi had hukumannya terhad kepada Akta 355 yang menetapkan had maksima 3 tahun

penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan.

6. Menurut Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (Disemak 1988), bidang kuasa Mahkamah Syariah

untuk menjatuhkan hukuman kepada kesalahan syariah adalah terhad kepada tiga tahun penjara atau denda lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau apa-apa gabungan

hukuman-hukuman tersebut.

7. Teks Akta tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan

sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana

perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa

berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-

undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh

melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.”

HURAIAN RUU 355 oleh YB

Marang

RUU 355 yang dikemukakan oleh YB Marang mengandungi beberapa poin utama yang perlu difahami iaitu:

PERTAMA

Ia melibatkan cadangan pindaan “bidang kuasa jenayah

Mahkamah Syariah” dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah melibatkan orang Islam sahaja.

KEDUA

Ia melibatkan jenayah syariah yang dilakukan oleh

orang Islam sahaja yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ia tidak melibatkan bukan Islam kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan hanyalah terhad kepada orang Islam.

KETIGA

Ia melibatkan kesalahan jenayah yang hari ini telah pun dibicarakan di Mahkamah Syariah menurut Enakmen Kesalahan

Jenayah negeri masing-masing.

Kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah tertakluk kepada kuasa yang ada pada Negeri-negeri dalam Persekutuan menurut

Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Butiran itu menyatakan bahawa antara bidang kuasa Negeri ialah “pewujudan dan penghukuman kesalahan

yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.

Berdasarkan

Butiran 1 ini, negeri-negeri telah memperkenalkan Enakmen Kesalahan Jenayah masing-masing yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di

Mahkamah Syariah.

Sebagai contoh, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyenaraikan kesalahan jenayah berikut:

pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk

mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama

Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari

perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara', berjudi, *Minuman Yang Memabukkan*, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang

Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, *Persetubuhan luar nikah*, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan

persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan,

perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut suami

atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, *Qazaf*, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa

dan penyalahgunaan tanda halal.

http://www2.esyariah.gov.my/…/bca11b8ae3c9251148257057000ca…

Senarai kesalahan yang sama boleh dilihat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah

negeri-negeri lain.

KEEMPAT

Semua senarai kesalahan jenayah di atas disenaraikan dalam Islam sebagai jenayah Ta’zir yang diberikan hak kepada pemerintah untuk

berijtihad_ menentukan hukuman yang boleh dijatuhkan kecuali tiga kesalahan iaitu *minum minuman memabukkan, persetubuhan luar nikah dan Qazaf*.

Ketiga-tiga kesalahan

jenayah ini telah ditetapkan oleh Islam hukumannya ialah masing-masing *100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin, 80 sebatan

syarie bagi kesalahan Qazaf dan 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.*

KELIMA

Akta 355 yang sedia ada

sekarang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas terhad kepada 3 tahun penjara atau lima ribu ringgit denda

atau enam kali sebatan.

Ia merangkumi juga 3 kesalahan jenayah yang telah ditetapkan oleh Syarak kadar hukumannya iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan luar

nikah dan Qazaf.

KEENAM

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 akan membolehkan 3 kesalahan jenayah iaitu minum minuman memabukkan, persetubuhan

luar nikah dan Qazaf dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah menurut Syariat Islam iaitu:

A. 100 sebatan syarie bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum

berkahwin

B. 80 sebatan syarie bagi kesalahan Qazaf.

C. 40 sebatan syarie (hingga 80 sebatan menurut sebahagian mazhab) bagi kesalahan minum minuman memabukkan.*

KETUJUH

Cadangan pindaan Akta 355 yang dicadangkan menerusi RUU 355 oleh YB Marang tidak melibatkan kesalahan jenayah mencuri dan merompak kerana kedua-duanya berada di bawah

bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Mahkamah Sivil.

KELAPAN

Setelah dibawa Usul RUU 355 ke Dewan Rakyat atas nama Usul Ahli Persendirian oleh YB Marang untuk

Bacaan Pertama, menurut peraturan Dewan Rakyat pihak Kerajaan pula akan mengambil tanggungjawab membawa Usul tersebut sebagai Usul Kerajaan untuk proses seterusnya di

Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

PENUTUP

Saya menyeru seluruh umat Islam dan Ahli-Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam bersama-sama menjayakan RUU 355 ini sebagai satu

usaha memperkasakan hukuman di Mahkamah Syariah yang menjadi hak rakyat muslim di negara ini.

Sekian

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...