TIDAK serik lagi memfitnah kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi tuduhan Kerajaan Malaysia menggunakan bantuan kepada rakyat sebagai umpan mencari sokongan.
Pengerusi PPBM itu menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) digunakan sebagai salah satu cara Datuk Seri Najib Razak memastikan kemenangan BN dalam PRU14 depan.
“Najib (mungkin) percaya, “cash is king” bagi duit cukup, rakyat akan sokong dia,” katanya, ketika berucap pada Program Bicara Rakyat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Taman Wira Mergong, kelmarin.
Mahathir juga turut mengingatkan rakyat bahawa pemberian wang BR1M merupakan suatu kesalahan rasuah, dan ia salah di sisi agama dan undang-undang negara.
“Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit, tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberikan biasiswa dan banyak lagi. Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?” hasutnya lagi.
Namun, yang peliknya sejak bila sesebuah rasuah harus terlebih dahulu memerlukan ‘apply‘ untuk diterima? Juga, jika benar wang BR1M itu rasuah, kenapa SPRM tidak pernah lagi menerima aduan walaupun sudah 7.4 juta menerimanya sejak 2012?
Ataupun, jika Mahathir benar-benar mahu buktikan BR1M itu rasuah, kenapa dia tidak berani meminta injuksi mahkamah agar kerajaan dapat menghentikan pemberian rasuah berkenaan?
Bukan itu juga, BR1M yang dianggap rasuah itu turut disokong oleh kroninya dari parti DAP dan PKR. Setiap kali ‘musim update‘ permohonan, dua parti berkenaan akan berpusu-pusu membuka kaunter agar rakyat mudah untuk menerima hasil pemberian kerajaan persekutan itu.
Lebih mengejutkan, baru-baru ini portal Tv14 mendedahkan parti milik Mahathir sendiri pun turut mempromosikan ‘rasuah BR1M’ melalui laman webnya.
Adakah Mahathir juga sedang melanggar suruhan agama dan undang-undang negara melalui promosi BR1M yang dilakukan dalam laman web partinya sendiri?
Pada hakikatnya, BR1M yang dianggap Mahathir sebagai rasuah dan ‘pemberian dedak’ itulah yang diterima pakar dunia sebagai salah satu inisiatif tersasar yang paling berkesan.
Pada Ogos 2016, seramai 35 pakar ekonomi dunia berpendapat pemberian wang tunai secara terus kepada isi rumah akan menjadi cara yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi lesu dan menjadi satu kaedah paling efektif.
Justeru itu, para pakar ini telah meminta Bank Pusat di UK untuk melaksanakan pemberian wang tunai secara terus, yang mirip dengan konsep pemberian BR1M di Malaysia, hasil inisiatif Najib Razak.
Malahan, Kementerian Kewangan Thailand menetapkan penduduk berpendapatan lebih 30,000 namun kurang 100,000 baht (RM3,722-RM12,406.81) setahun layak menerima RM186 wang tunai yang juga persis BR1M.
Terpulanglah kepada rakyat di negara ini sama ada mahu terus mempercayai kata-kata seorang bekas pemimpin yang sedang berhati hitam itu, atau mengakui pandangan 35 pakar ekonomi serta Kerajaan Thailand terhadap pemberian bantuan kewangan tersasar seperti BR1M. –Tv14
http://www.tv14.my/2016/12/25/br1m-rasuah-tun-m-sedang-bohong-diri-sendiri/
No comments:
Post a Comment