Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 26 December 2016

PARTI MAHATHIR SEDANG BERI RASUAH KEPADA RAKYAT?


PADA 15 November 2014 lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama pemberian rasuah kepada rakyat.
Kita boleh lihat sendiri laporan akhbar berkenaan seperti yang pernah dilaporkan dalam Sinar Harian 
Namun demikian, amat kelakar pula apabila Dr Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menentang Barisan Nasional (BN). Yang kelakarnya adalah, parti Dr Mahathir itu dikesan turut mempromosikan BR1M yang dianggap sebagai rasuah kepada rakyat di dalam laman web mereka.
Apabila kita melayari www.partibersatumalaysia.com , semestinya kita dapat melihat mengenai ajakan dalam laman web berkenaan untuk rakyat mendaftar diri dan memohon bantuan kewangan inisiatif dari Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.
Jadi, apa pendirian Dr Mahathir sekarang dalam pemberian BR1M kepada rakyat yang dahulunya dianggap sebagai rasuah rakyat?
Jika kenyataannya masih sama, ini bermakna Dr Mahathir sedang ‘menghalalkan’ pemberian rasuah kepada rakyat (mengikut apa yang pernah dianggapnya)? –Tv14
http://www.tv14.my/2016/12/11/parti-mahathir-sedang-beri-rasuah-kepada-rakyat/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...