Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 26 December 2016

PM BAYANGAN : TUN M TAK SETUJU DENGAN KIT SIANG


​Pembangkang akan bergaduh jika ada parti pakatannya menamakan Perdana Menteri bayangannya ketika ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu juga hanya akan menimbulkan pergaduhan dan perpecahan dalam kalangan pembangkang.
 
Ia sekali gus menunjukkan pakatan pembangkang yang kini disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia seolah-olah masih tidak sekepala dalam pelbagai perkara, khususnya membabitkan isu individu yang bakal memimpin kerajaan pimpinan mereka jika menang Pilihan Raya Umum akan datang.
 
“Jika pembangkang namakan siapa Perdana Menteri, akan ada pihak yang kecewa dan pergaduhan akan berlaku dalam kalangan kami.
 
“Pada ketika ini, kami tidak boleh menamakan siapa Perdana Menteri…mungkin (masa yang sesuai) ketika hampir pilihan raya nanti.
 
“Keputusan itu juga mesti dipersetujui secara keseluruhan, tidak boleh daripada satu parti saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dua hari lalu.
 
Pada Sabtu lalu, portal berita melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi Perdana Menteri interim pembangkang sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu apabila dibebaskan daripada penjara.-BH


http://www.tv14.my/2016/12/24/pm-bayangan-tun-m-tak-setuju-dengan-kit-siang/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...