Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 December 2016

IMBAS PENGALAMAN KE RAKHINE BERTEMU ROHINGYA - PART I

Sapa kata anak-anak Rohingya tak comey? Heh!
Sana sini orang Malaysia masih bercakap tentang Rohingya. Sekali sekala depa akan selit bab politik terutama tentang DS Najib dan DS Hadi Awang sanggup sepentas memperjuang nasib umat Islam di Myanmar tu...

Ada yang gembira tengok dua pemimpin politik dari berlainan parti sanggup sepentas demi menentang kezaliman terhadap umat Islam. Tapi ada jugak yang tak puas hati, marah melihat UMNO dan PAS mesra macam tu.. macam-macam depa cetus spekulasi...

Bercakap pasai Rohingya, seperti biasa, ada saja yang lebih-lebih, seolah-olah Myanmar tu dok kat belakang rumah depa ja. Terkekek-kekek jugak la saya ketawa bila dengar depa bercerita itu dan ini pasai Rohingya.. saya banyak mendengar, lebih suka mendiamkan diri...

Bayangkan anda berada depan pakcik ni dan dengar sendiri dia berdoa sambil bercucuran air mata... saya memang takleh tahan bro.. mengalir jugak air mata kemanusiaan saya.. apatah lagi depan saya tu saudara seagama kita...
Apa yang buat saya ketawa ialah bila depa mati-mati ingatkan Rohingya tu nama kawasan di Myanmar. Hahahaahhhaaaa... hat tu buat saya gelak sampai sekarang. Bukan saya tak mau perbetoi depa time tu.. tapi dah saya tengok semangat lebih sangat.. malas nak potong stim depa.. bagi chance la sikit bro... biasa la.. orang yang jenis "tau semua" ni payah sikit... hahahahaaa...

Ni saya nak habaq bagi.. Rohingya tu nama etnik, bukan nama kawasan! Hahahahaa.. Rakhine tu nama wilayah konflik di Myanmar tu.. Dari Yangoon nak ke Rakhine perlukan lebih kurang 2 jam naik kapal terbang... agak jauh.. sila rujuk peta dunia... heh!

Kenapa saya tau? Sebab saya pernah ke sana. Saya tengok sendiri apa yang berlaku. Saya pernah cuba selami dan fahami sendiri konflik yang berlaku kat sana. Saya pernah mengalir airmata di wilayah bergolak bernama Rakhine.. saya pernah berpeluk dengan brader dan pakcik-pakcik dari etnik Rohingya di sana...

Ni la Kedutaan Malaysia di Yangon, ibu negara Myanmar... kelam-kelam gelemat kami dah sampai.. heh!
Terus terang saya cakap, misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia pada 2012 dulu memang bahaya dan berisiko besar. Anytime saja boleh berlaku perkara yang tak diingini pada kami dulu. Tapi, dengan kebijaksanaan yang Allah beri pada Tok Azeez Rahim, alhamdulillah, kami dilindungi Allah sepanjang kami berada di Rakhine...

Sorry bro, saya buka jenis suka bodek orang. Tapi lepas lebih seminggu bersama Tok Azeez di Rakhine, ia berjaya merubah persepsi negatif saya pada Ahli Parlimen Baling tu. Rasanya, kalau dia tak pandai handle situation "G to G" dengan Menteri Rakhine dulu, memang payah la misi tu nak berjaya.. silap-silap nak masuk Rakhine pun tak boleh...

Aduihhh.. orang tengah sibuk amik gambaq dia, dia hulur salam pulak dah.. salam je laaa.. Oh ya, ni wakil Kerajaan Myanmar yang datang ke airport jumpa rombongan kami sebelum kami semua berlepas ke Rakhine...
Jadi, kepada mereka yang suka cakap besaq kat sini, kononnya nak rodong masuk ke Rakhine, nak bela nasib etnik Rohingya kat sana mudah-mudah saja, saya senyum saja tengok telatah depa. Saya puji semangat depa nak bantu, tapi ia tidak semudah yang depa jangka. Misi nak ke Rakhine bukan macam misi nak bantu gelandangan kat Chow Kit tu bro... heh!

Masa tiba di Yangoon pun kami dah rasa tegang dah. Kami diperhati atas bawah. Kawalan pada kami ni ketat sangat. Sampai kat Kedutaan Malaysia di Yangoon tu baru rasa tenang sikit.. Tu pun masih rasa cuak sikit.. macamana la cara nak masuk ke Rakhine, risau jugak kalau-kalau tersangkut kat Yangoon dan tak dibenarkan ke sana... macam-macam terfikir time tu...

Lepas dengar taklimat dan garis panduan dari Duta Besar Malaysia di Myanmar, Dr. Faisal Muhamad, dan Tok Azeez sendiri jelaskan keadaan, baru nampak jalan sikit. Saya dan kawan-kawan lain pun dah mampu senyum dah sikit time tu.. 

Duta Besar Malaysia di Myanmar time tu, Dr. Faisal Muhamad, (rasanya dah tukar orang lain dah Duta kita ke sana..)
Memang la takdak perang-perang macam kat Palestin nuuuu... tapi konflik jenih penghapusan etnik ni memang tak boleh jangka bro... Anytime saja puak pelampau Burma tu boleh ambush kami.. nyawa dihujung tanduk bro.... elok-elok pi 51 orang yang sertai rombongan, takmau la kurang dari jumlah tu bila nak baik ke Malaysia... 

Apa pengalaman kami di Rakhine? Apa perasaan kami bila berkunjung ke kampung-kampung etnik Rohingya di sana? Kat mana kami berehat tidur, makan? Apa yang berlaku sepanjang di sana? Bagaimana layanan pihak berkuasa Myanmar? Nanti saya ceritakan pada episod seterusnya... insyaAllah...

Kepada yang masih "blur" tentang konflik etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar, saya siarkan kembali ringkasan tentang fakta sejarah dan apa yang berlaku di sana;

Abad ke-8: Masyarakat Rohingya ada orang-orang yang berasal dari Asia Selatan dan menetap di kerajaan yang merdeka di Arakan, kini dikenali sebagai negeri Rakhine di zaman moden Myanmar.

Abad ke-9 hingga abad ke-14: Masyarakat Rohingya menerima kedatangan Islam melalui pedagang Arab. Hubungan rapat telah terjalin antara Arakan dan Bengal.

1784: Raja Burma, Raja Bodawpaya menakluki Arakan dan beratus-ratus beribu-ribu pelarian melarikan diri ke Bengal.

1790: Hiram Cox, seorang diplomat British dihantar untuk membantu pelarian, bandar Kazan di Bangladesh dibina dan dibangunkan, di mana banyak Rohingya masih hidup hari ini.

1824-1942: Britain telah menawan Burma; yang kini dikenali sebagai Myanmar dan menjadikan ia sebagai salah satu wilayah British India. Pekerja telah berhijrah ke Burma dari tempat lain di British India untuk projek-projek infrastruktur.

1942: Jepun menyerang Burma, menolak keluar British. Dengan pengunduran pihak British, nasionalis Burma menyerang masyarakat Islam yang disangka mendapat banyak kelebihan daripada penjajahan British.

1945: Britain membebaskan Burma daripada penjajahan Jepun dengan bantuan nasionalis Burma yang diketuai oleh Aung San dan pejuang Rohingya. Rohingya merasa dikhianati kerana British tidak memenuhi janji autonomi bagi Arakan.

1948: Ketegangan meningkat antara kerajaan baru Burma dan Rohingya, yang kebanyakannya mahu Arakan menyertai majoriti Islam Pakistan. Kerajaan membalas dengan memulaukan masyarakat Rohingya, termasuk menghapuskan 'kewujudan' mereka dalam sektor penjawat awam.

1950: Sesetengah individu dalam masyarakat Rohingya menentang kerajaan yang diketuai oleh kumpulan bersenjata dipanggil Mujahid. Namun pemberontakan reda secara beransur-ansur.

1962: General Ne Win dan Parti Sosialis Program Burma merampas kuasa dan menggunakan kekerasan terhadap Rohingya. Bermula era kerajaan junta Burma.

1977: Lebih daripada 200,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

1982: Satu undang-undang imigresen baru ditakrifkan semula. Orang-orang yang berhijrah semasa pemerintahan British sebagai pendatang haram. Kerajaan mengenakan perintah undang-undang ini ke atas semua masyarakat Rohingya.

1989: Tentera menukar nama Burma ke Myanmar.

1991: Lebih daripada 250,000 pelarian Rohingya melarikan diri daripada dipaksa menjadi buruh, dirogol di tangan tentera Myanmar.

1992-1997: Sekitar 230,000 Rohingya kembali ke Arakan, kini dikenali sebagai Rakhine, di bawah perjanjian penghantaran pulang yang lain.

2012: Rusuhan antara Rohingya dan Rakhine Buddha membunuh lebih daripada 100 orang, kebanyakannya Rohingya. Berpuluh-puluh ribu orang telah didorong ke Bangladesh. Hampir 150,000 dipaksa ke kem-kem di Rakhine.

2016: Kumpulan militan Harakah al-Yaqin menyerang pondok pengawal sempadan, membunuh sembilan askar. Tentera bertindak balas. Lebih daripada 25,000 orang melarikan diri Rakhine ke Bangladesh. Angka bagi rogol, bunuh dan rumah dibakar meningkat tidak terkira. Kerajaan Aung San Suu Kyi menafikan kekejaman.
Kembali ke airport Yangon sebelah siangnya...
Welcome to Yangon Airport... 
Kalau setakat pakai kain pelikat memang pemandangan biasa di airport Yangon.. tu memang pakaian tradisi depa..
Kami membawa amanah ini untuk diserahkan kepada saudara etnik Rohingya di Rakhine.. ni baru sikit ja ni.. 
Semua dah cuak dah time ni.. nak ke Rakhine.. pengalaman bagaimana yang bakal menerjah kami nanti..?
Dia ni dok mai hidang makanan dalam flight.. tobat lahom tak makan aih.. taktau la halal ke tidak.. saya tak usik..
Blom sampai lagi.. kami singgah sat kat airport mana ntah dalam perjalanan tu.. flight yang kami naik tu memang macam bas henti-henti.. dia singgah sat drop passenger dan amik pasengger baru..

Nampak dak kelibat orang yang pakai seluaq pendek  tak pakai baju kain pelikat berselepang tu? Masa kapai terbang kecik kami naik tu mendarat, dia berlari-lari tengah padang ke arah airport.. rupanya dia ni bertugas sebagai pengawang bendera untuk setiap kapal terbang yang singgah kat situ.. Perghhh..!!!

Lagu tu pun ada... lupa nak bagi tau, airport ni macam airport kampung ja.. takdak pagar memisahkan kampung dengan lapangan terbang... heh! Malaysia ada? Kalau ada, dah tentu gomen kita kena kutuk rapat..!


http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/12/duke-of-umno_26.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...