Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 December 2016

IMBAS PENGALAMAN KE RAKHINE BERTEMU ROHINGYA - PART II

Bukan senang nak convince orang bro.. only skillful people can make it and Azeez is one of them!
Bila sampai je kat airport Rakhine, aku bertambah cuak. Mana tidaknya bila disambut dengan tentera Myanmar dengan senapang bagai.. Dah la letih dan ngantuk time tu.. tapi teruja punya pasai nak masuk wilayah konflik, aku buat selamba jer.. petik kamera sana sini.. heh!

Kami turut disambut oleh Menteri Rakhine.. setiap wilayah kat Myanmar tu diketuai oleh seorang pemimpin yang lebih kurang bertaraf MB la maksudnya... masa tu aku tengok macamana bijak Azeez Rahim berdiplomasi... hebat tak hebat, memang segalanya lancar...

Cuba tengok gaya Tok Azeez cuba convince Menteri Rakhine tu... huh! Bukan mudah bro... 
Kalau hangpa nak tau, Azeez awai-awai lagi pesan kat kami semua bahawa misi bantuan untuk Rohingya tu bukan program makan angin melancong bagai... tapi misi tu sebenarnya agak bahaya dan penuh dengan tekanan especially dari penduduk tempatan (Buddha) dan kerajaan Myanmar tu takla bagi "red carpet" kat kami...

Tengok ja okay.. tapi hanya kami yang dok kat situ ja tau.. nightmare? Syukurlah ada juga tempat nak lepaskan lelah walaupun internet sekadar GSM jer.. heh!
Depan tempat penginapan kami... Boleh tengok dari jauh je laaa.. kami tak dibenar ke sana.. 
Mungkin sebab tu Azeez mengalah dan ubah nama misi tu.. dibuang nama "Rohingya" untuk berdiplomasi dan diletakkan nama wilayah Rakhine saja.. apa la ada pada nama misi, kan? Asalkan matlamat tercapai nak beri bantuan kat Rohingya, udah ler... heh!

Lepas tu kami direct ke penginapan kami.. bukan hotel 5 bintang bro.. satu bilik pun share 4-5 orang, tidur bergelimpangan.. tapi takpa.. kami selesa.. lagi pun kami pi sana bukan untuk melancong.. at least boleh la kami rehatkan badan sekejap sementara nak beraksi...

Untuk pengetahuan hangpa, tempat kami menginap tu 24 jam dikawal rapi tentera Myanmar. Nak pi mana pun tak boleh. Kena dok kat situ walau apa pun berlaku. Stay in the team. Tapi ye laa.. nak pi mana sangat la kat situ, kan?

Sehari lepas tu, kami mula beraksi.. pepagi lagi dah ke pejabat Menteri semalam tu.. depan kami semua kami tengok sendiri macamana Azeez sekali lagi berbijaksana menyusun strategi diplomasi dengan Menteri dan pemimpin tentera kat wilayah bergolak tu..

Duta Malaysia ke Myanmar turut main peranan besar dalam perbincangan dua hala "G to G"....
Alhamdulillah.. respon baik.. layan jer dulu...
Slide yang disediakan oleh kerajaan Myanmar untuk pengetahuan kami...
Antara fakta yang diberikan kepada kami..
Seingat aku, lebih 2 jam jugak la "layan" depa kat situ.. kami dihidangkan dengan fakta-fakta rasmi dari kerajaan.. tak tau la betoi ke tidak fakta rasmi tu, tapi kami petik sajalah sebab ia disahkan pihak kerajaan.. angka sebenar hanya Allah saja yang Maha Mengetahui...

Lepas "bermanis-manis" dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Rakhine tu, kami mula ke lokasi pertama wilayah bergolak.. tempantnya, kuil Buddha yang menjadi tempat bangsa Myanmar beragama Buddha berlindung dari serangan etnik Rohingya...

Tok Azeez tunjuk gambar sapa tu.. heh!
Kami dibawa melawat ke kem perlindungan sementara.. yang ni dibina untuk masyarakat Myanmar beragama Buddha
Takdak la mewah sangat.. sementara saja...
Ni toiletnya.. terus terang aku kata.. aku tak sanggup! Heh!
Kat sinilah kami mula sedar bahawa kehadiran kami memang depa tak suka... Turun dari coaster, ada rakan kami yang bertudung dah rasa pengalaman yang rasanya dia takkan lupa seumur hidup... dia kata, masa nak masuk ke kuil tu, ada ntah sami Buddha mana yang mai ludah depan dia tanda "tak suka".. Maklum la.. kawan kami tu bertudung..dah sah-sah beragama Islam.. datang pun dari negara Islam.. dah tentu la sami Buddha kat situ tak suka..

Kat situ jugak la kami diarahkan supaya "berjaga-jaga"... khabarnya ada cubaan dari geng sami Myanmar yang cuba rancangan nak ambush kami dengan kayu, parang, sabit bagainya time tu... Tapi alhamdulillah tak jadi apa-apa yang tak diingini time tu...

Hanya Allah saja yang tau perasaan kami time tu.. kami dipesan jangan pi jauh-jauh.. ada yang tak suka katanya...
Aiii..  Tok Azeez pun nak jadi ahli kelab "balik tiang" jugak kaaa..? Hahahaaa...
Memang Tok Azeez yang serah sendiri bro.. amik hati tuan rumah.. 
Setiap patah ucapan Tok Azeez di translate oleh jurubahasa kepada penduduk kat kuil tu...
Khabarnya tentera Myanmar awal-awal lagi dah "cantas" rancangan puak sami Buddha Myanmar tu.. lagi pun, cara Tok Azeez mai buat baik dan bawa beberapa brader sami Buddha dari Malaysia telah membuat depa fikir 10 kali nak teruskan rancangan tu agaknya.. last-last tak jadi.. selamat! Heh!

Kat sini jenoh jugak Tok Azeez layan bebudak.. nak cekelat...
Nak tanya lebih pun depa tak berapa reti cakap omputih.. hadooiii.. itu la pentingnya English education.. heh!
Lepas berikan bantuan kat kuil Buddha tu, kami teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Singgah sat kat sebuah lagi perkampungan masyarakat Myanmar spesis Aung San Suu Kyi.. Bertanya khabar sikit-sikit dan hulur bantuan... kami naik balik coaster....

Rupanya lokasi seterusnya adalah pelabuhan Sittwe. Barang-barang yang dibawa dengan Kapal Sinar Bima dah sampai rupanya.. apa lagi.. bergotong-royonglah kami tolong punggah barang naik dari kapal untuk dimuat naik ke lori... Aku tolong sikit-sikit aje... hehehee.. seterusnya aku tolong tengok lebih banyak...heh!

Kami ingat sikit tu jaaa.. rupanya tu baru "bunga"..
Nah amik hang.. hehehe... bersimboq peluh orang Kedah kata...
Sebenarnya, tak banyak sangat barang kami bawak dari Malaysia time tu.. dalam 500 tan bantuan dalam bentuk makanan, keperluan perubatan dan lain-lain jer... khabarnya tak lama lagi KP1M akan bawak double ke Rakhine.. 1,000 tan.. Perghhh..! Jenoh punggah...

Nak tahu kenapa kami ke port tu dan pantau sendiri? Hehehe.. sebab Azeez tak mau lori-lori tu melencong ke tempat lain.. Dia nak pastikan sendiri semua bantuan tu sampai ke "target".. etnik ROHINGYA...! Ya laaa... yang bawak lori tu bukan etnik Rohingya.. satgi kalau dia kona pi kot jalan lain hantaq pi kampung dia.. jenoh ligan!

Keduanya, Azeez sendiri akan jadi pandu arah lori tu.. nak kona masuk kawasan bukan Islam, tiba-tiba ja Azeez arahkan pi ke perkampungan Islam Rohingya... hahahahaaa.. pening kepala pegawai tentera Myanmar tu kena ikut Azeez... hahahahahaa.. mau tak mau, dia kena ikut Azeez.. heh!

Pertama kali aku masuk ke kampung etnik Rohingya, hati aku berdebar.. macamana agaknya kehidupan depa? Aku antara paling last turun dari coaster.. kawan-kawan aku yang lain pantas je turun... lesap dari pandangan aku...

Aku tak berani masuk crowd kat sini.. kawan-kawan yang masuk crowd ni semua keluar dengan airmata berjurai di pipi.
Rupanya saudara kita dah tertunggu-tunggu dah kehadiran kami.. pernah tengok filem peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah? Macamana golongan Ansar sambut golongan Muhajirin, maka lebih kurang macam tu lah kami disambut...

Tapi bukan dengan nasyid kegembiraan.. tapi lebih kepada tangisan kegembiraan etnik Rohingya.. Anak-anak kecil Rohingya pula berbaris dalam lengkongan kumpulan sambil membaca surah-surah lazim sambil mendakap Al-Quran...

Dah... aku dah mula dahhh... 
Dah takleh tahan... sambil snap gambaq, sambil kesat ayaq mata... huhuuuu... habih depa heran tengok kami teriak berjemaah...
Di sebelah sana.. seorang pakcik yang aku andaikan sebagai "imam" sedang teresak-esak berdoa kepada Allah, meluahkan rasa syukur tidak terhingga... bercucuran airmata di pipi pakcik tu.. bukan pakcik tu saja yang menangis.. habis semua yang ada kat situ menangis sama... termasuk kami!

Aku? Apa perasaan aku? Mulanya aku mampu tahan sebak.. airmata bergenang dah.. Tapi bila aku mula sentuh seorang anak kecil kat situ, aku dah tak boleh tahan.. berderai laju je airmata.. dah tak boleh nak cover lagi dah.. sambil amik gambar, sambil kesat airmata... hanya Allah saja yang tahu...

Sebenarnya, masa tu ramai di kalangan kami yang tak dapat tahan perasaan. Simpati, sedih, kecewa, geram.. segalanya bercampur baur.. masa dok hulur gula-gula kat anak-anak Rohingya, terkenang betapa bertuahnya anak-anak di Malaysia... bersyukurkah kita?

Aku lari pi masuk kat area kem perlindungan dengan dengan beberapa rakan... makcik ni lumpuh dan sakit.. tapi ubat payah nak dapat dan terhad kepada ubat-ubat biasa saja...nak pi hospital, tak layak...
Sambil dok mengadu, sambil dok teriak... aku tak faham sepatah pun apa yang dia adukan... aku sendiri dok tahan ayaq mata...
Kami agak lama di kampung Rohingya yang pertama tu.. atau lebih tepat, kem perlindungan etnik Rohingya yang dikawal ketat oleh tentera Myanmar.. kawasannya berdebu dan terasing jauh dari pekan kecil.. jalan pun tanah merah jer..

Masa nak balik, rasa berat jer.. dan masa tu la aku disapa seorang saudara kita di sana.. Dia tunjukkan sebuah rakaman video di handphone nokia lama bagaimana seluruh keluarganya diserang, disembelih dan dibunuh dalam rumah sendiri.. kenapa dia selamat dan sempat rakam video? Dia lari sembunyi dan rakam segala kezaliman tu atas bumbung rumahnya..!

Tinggal kenangan.. yang kat dalam gambaq tu semua dah arwah... inna lillahi wa inna ilaihi raajiunnn.. Al-Fatihah...
Mampukah kita tahan perasaan kalau kita tengok sendiri macam mana mak ayah kita, abang kakak kita, adik-adik kita dibunuh depan mata? Tapi itulah yang berlaku di sana... di sebuah wilayah konflik bernama Rakhine terhadap etnik Rohingya...

Lepas semua dah naik coaster, depa pakat mai runtun kat tingkap coaster pulak.. macam takmau bagi kami balik.. masyaAllah.. hanya Allah saja yang tau perasaan kami time tu.. lepas runtunan depa reda, kami beransur pulang ke tempat penginapan kami...

Alamak... ni yang buat kami diam habih sepanjang perjalanan balik ke lokasi penginapan kami ni.. huhuuu...
Sepanjang perjalanan pulang menjelang senja tu, semua diam saja dalam coaster.. mungkin tengah layan emosi masing-masing.. terkenang pengalaman pertama melihat sendiri derita Rohingya di bumi asing... dan yang pasti, esoknya kami akan berdepan perkara yang hampir sama...

Apa akan berlaku pada esoknya? Nanti aku ceritakan lagi kenangan yang takkan mungkin kami lupakan di bumi Rakhine, Myanmar itu...

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/12/duke-of-umno_27.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...