Sumber foto: NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG |
27 Rabiulawal 1438H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lelaki pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ atas kesalahan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 2013.
Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39.
Tertuduh lain iaitu ketua ajaran berkenaan, Harun Mat Saat, 50; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan Jefferi Safar, 39, dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan mereka berkonspirasi melakukan perbuatan tersebut.
Harun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada 16 Ogos lalu. - ismaweb
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/12/dua-pengikut-tuhan-harun-dihukum.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment