Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 5 December 2016

Mahathir-Soros-Kit Siang: Siapa Badut, Siapa Barua



Makin celaru dan makin tidak ketahuan, itulah yang boleh dikatakan oleh rakyat Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perbualan mengenai beliau terutamanya berkait dengan jasanya selama 22 tahun dan tindakannya akhir-akhir ini setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi bualan di kedai kopi dan juga di medium maya.

Bayangkan seorang yang digelarkan negarawan oleh rakyatnya sendiri, tiba-tiba mendapat pelbagai gelaran dari rakyatnya juga. “Bapa Ayam”, “Ular”, “Orang Tua pemecah bangsa” dan pelbagai lagi. Kalau dahulunya ketika menjadi Perdana Menteri beliau terkenal digelar oleh pembangkang dengan nama “Maha Firaun”, kini nampaknya semakin hina. Manusia hina kerana perbuatannya sendiri dan manusia juga boleh mulia kerana perbuatannya juga.

Apa yang Mahathir tidak katakan kepada Lim Kit Siang dan DAP, dan apa yang Mahathir tidak gelarkan George Soros. Semua rakyat Malaysia tahu. Bukan lagi umpama menepuk dulang dan percikan air ke muka sendiri, ini sudah menjadi tahap menjilat kahak yang diludah di dalam mangkok tandas, bukan setakat kahak hijau-kuning yang dijilat, licin mangkok tandas dijilat bersama dengan baki najis yang ada – itulah Mahathir sekarang.

Siti Hasmah, Bayangkan beliau tidak pernah sekali pun di dalam hidupnya turun bertemu rakyat di tepi longkang, namun kerana rakusnya Mahathir atau terpaksanya Mahathir maka isterinya yang sudah begitu uzur dijadikan umpan, manalah tahu timbul simpati dari rakyat dan turut sama dengan agenda beliau, hancurkan UMNO dan gulingkan Najib.

Kalau dahulunya Mahathir gunakan tema kempennya “Selamatkan UMNO” dengan menolak Najib, kini setelah bersama dengan Kit Siang dan Soros, Mahathir menukar hala serangannya. “Selamatkan Malaysia” dengan menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak pernahkah terfikir kenapa tiba-tiba sahaja Mahathir menjadi tidak ketahuan? Apakah ini semua kerana perjuangan bangsa? Bagaimana ini kita kelaskan perjuangan bangsa sekiranya Mahathir bergabung dengan parti politik yang jelas tidak meletakkan Melayu sebagai teras perjuangan?

DAP – untuk bangsa mana parti ini perjuangkan?
PKR – sehingga Anwar Ibrahim di penjara kerana meliwat pekerjanya, Anwar masih tidak berani mengatakan bahawa PKR adalah parti untuk Melayu.
PAN – Anda sendiri tahu kenapa parti ini diwujudkan.

Mahathir mungkin sedar beliau dipergunakan demi untuk DAP mencapai hasrat untuk menakluk Putrajaya. Beliau juga sedar bahawa Soros yang dibencinya satu ketika dahulu menaja demostrasi haram di jalanan. Namun sebagai manusia yang mengamalkan politik haiwan dan berupaya menjadi binatang politik, dalam sekelip mata Mahathir mampu berubah watak. Dari musuh ketat, boleh tidur sebantal dan dari sahabat karib boleh dibunuh, daging sahabatnya boleh dimakan.

Pada tahun 1999 di Perhimpunan Agong UMNO, Mahathir berkata: Apabila disingkir maka Datuk Seri Anwar mula menggugat kestabilan negara. Harapannya ialah supaya kerajaan dijatuhkan sepertimana kerajaan di negara lain dijatuhkan. Rakyat dihasut supaya mengadakan demonstrasi dan rusuhan di jalan-jalan raya.

Usaha ini jelas disokong oleh media dan orang asing termasuk pemimpin negara tertentu yang membuat ucapan di negara kita supaya rakyat merusuh untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

Hari ini Dr Mahathir berubah lebih dari 360 darjah, dalam usia menjangkau 92 tahun Dr Mahathir turun padang dalam Bersih 5.0 berbaju kuning dan paling memilukan beliau turut mengheret isterinya bersama.

Bagi Mahathir, mungkin beliau juga berfikir bahawa tindakannya itu juga untuk mempergunakan Pakatan Harapan pimpinan DAP demi untuk menyelesaikan masalah peribadinya “yang masih tersangkut” di luar negara, menurut sumber.

Rugikah Kit Siang kalau Mahathir pergunakan DAP atau dia pergunakan Mahathir untuk menang besar di Pilihan Raya Umum ke 14 nanti? Bangkrapkah Soros apabila beliau di sokong oleh Mahathir dan anak pinaknya?

Ingat pesan orang lama yang berkawan dengan Mahathir. Ketika Mahathir gerakkan tangan kanannya, jangan lupa perhatikan tangan kirinya juga. Tidak mustahil Mahathir pergunakan Soros untuk membawa masuk apa “yang tersangkut” di luar sana. Juga tidak mustahil Mahathir sanggup menjadi tukang kempen untuk DAP asalkan hasrat untuk meletakkan anaknya sebagai Perdana Menteri tercapai.

Lihat nanti di Pilihan Raya Umum ke 14, Mahathir bakal berkempen untuk siapa selain dari untuk calon partinya sendiri.


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/mahathir-soros-kit-siang-siapa-badut.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...