Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 5 December 2016

Rahsia Wanita Perak



"Di Johor juga banyak makanan yang sedap-sedap kerana di sini banyak kaum yang telah datang berhijrah, seperti orang Jawa, Bugis, Banjar dan lain-lain. Mungkin sebab itulah ramai orang yang hendak berkahwin dengan orang Johor. Tapi saya pilih orang Perak."

-Sultan Ibrahim Ismail 3 November 2016

Mengapa baginda sultan Johor ini pilih jugak wanita Perak?

Begitu jualah, mengapa Raja Reman naik angau memikat Raja Andak?

Mengapa Sultan Iskandar Muda dari Aceh sanggup menghantar armadanya ke Perak semata-mata untuk memperisterikan Puteri Limau Purut?

Mengapa Raja Siam ghairah menghantar sampan yang dipenuhi sutera ke Sungai Perak buat memikat Cik Mawar Cantik?

Kualiti para wanita Perak bangsawan pada masa dahulu ialah selain pandai bersilat dan bermain senjata, mereka belajar bagaimana mengenderai kuda dan gajah. Pada masa yang sama, mereka menjaga sepenuhnya kecantikan diri mereka dan biasanya seorang puteri raja memiliki inang khas yang menjaga protokol bersiram dan hal-hal perawatan kecantikannya. Raja Andak yang dihantar bertempur dengan askar Reman dan Siam, siap memiliki sebuah khemah khas untuk dirinya merawat kecantikan diri ketika berkawal di Kubu Kapeh.

Selain pandai bermain cinta, mereka adalah 'the dangerous beauty'.

~Srikandi
Bidasari of Tanjung Belanja


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...