KUCHING 13 Jan. - Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, secara rasminya dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini, mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan disaksikan oleh barisan menteri kabinet negeri serta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Astana Negeri pada pukul 4.09 petang ini.
Anak bongsu kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama, iaitu Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapa'iee itu dipilih mengisi kekosongan jawatan ekoran kematian Adenan akibat kompilasi jantung, kelmarin.
Perlantikan beliau dipilih sebulat suara menerusi mesyuarat PBB yang diadakan di kediaman Abdul Taib di Demak Jaya, Jalan Bako di sini, pagi ini.
Suara Politik
Belantan
http://blog2-barisan.blogspot.my/2017/01/belantan_14.html
No comments:
Post a Comment