Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 January 2017

ANAK MAHATHIR PERNAH MENCUBA UNTUK ‘JUAL’ NEGERI KEDAH KEPADA CHINA?

 
Kejayaan yang diraih oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil lawatan ke China akhir tahun lalu telah membuatkan para pemimpin pembangkang, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad berasa ‘iri hati’.
Mana tidaknya, lawatan tersebut walaupun hanya mengambil masa beberapa hari sahaja, namun mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion ke negara kita.
Rasa ‘iri hati’ tersebut terpancar apabila pemimpin pembangkang menuduh bahawa Najib Razak cuba ‘menjual kedaulatan’ negara kepada negeri China melalui beberapa projek mega yang telah ditandatangani bersama.
Namun demikian, mungkin Dr Mahathir tidak sedar bahawa ketika anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir bergelar Menteri Besar Kedah, dia juga pernah menagih simpati para pelabur dari China untuk masuk meneroka peluang yang ada di negeri jelapang padi berkenaan.
Laporan kepada perkara itu boleh dilihat di mana-mana akhbar secara online mahupun cetak khususnya pada 17 Mei 2015 lalu.
Soalnya sekarang, adakah anak Dr Mahathir pernah dan cuba untuk ‘menjual negeri Kedah’ pada tahun 2015 dulu? Jika ikut logik Dr Mahathir dan pembangkang yang lain, sudah pasti negeri Kedah sudah ‘terjual’ kepada China. –Tv14
Astro Awani, Mei 17, 2015
http://www.tv14.my/2017/01/19/anak-mahathir-pernah-mencuba-untuk-jual-negeri-kedah-kepada-china/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...