KETIKA tahun 1991, Perdana Menteri semasa itu Dr Mahathir Mohamad melancarkan hala tuju Malaysia mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ia dinamakan sebagai Wawasan 2020.
Berapa tahun Dr Mahathir umum dan lancarkan sebelum ia sampai ke tarikh sebenar? Ia mengambil masa selama kira-kira 29 tahun untuk diperkenalkan, dirancangkan dan dilaksanakan.
Kini, fajar 1 Januari 2020 sudah terlalu dekat dengan kita semua yang berada di Malaysia ini. Kira-kira tak sampai 3 tahun lagi semua rakyat Malaysia akan menyaksikan bagaimana ‘rupa paras’ negara kita yang ditunggu-tunggu selama 29 tahun tersebut.
Soalnya sekarang, adakah kita hanya sekadar berpeluk tubuh menunggu ia datang bagai ‘menunggu bulan jatuh ke riba’ sahaja? Adakah tahun 2020 itu pengakhiran cita-cita Malaysia? Tidak mahukah kita untuk terus melangkah lagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi?
Atas komitmen mahu menjawab persoalan demi persoalan berkenaanlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Transformasi Nasional 2050 atau TN50. Nama tersebut mula diperkenalkan semasa Bajet 2017 di Dewan Rakyat lalu.
Adakah tindakan Najib Razak ini dikatakan terlalu awal? Tidak sama sekali, sebenarnya kita ada lebih kurang 33 tahun lagi untuk hadir ke tahun 2050.
Maka TN50 yang digerakkan bermula tahun 2017 ini bukanlah suatu tindakan tergesa-gesa atau dengan niat mensabotaj mana-mana agenda bekas-bekas pemimpin yang terdahulu.
Jika Dr Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 pada 29 tahun sebelumnya, dimana pula dosa Najib Razak mahu mula merancang dan membentuk TN50 seawal 33 tahun sebelum?
Malahan, perancangan TN50 dilihat lebih demokrasi dan ‘matang’ apabila memungut cadangan dan idea daripada rakyat, berbanding Wawasan 2020 sekadar dibina oleh kumpulan elit khususnya pemimpin pada masa itu sahaja.
Berhentilah menjadi ‘keldai tunggangan’ yang bodoh sekadar mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh idola. Semak dahulu apa yang sampai kepada kita sebelum mempertikaikannya. Perkara yang baik seharusnya diambil dan disokong bersama.
Selamat datang roh TN50 ke bumi Malaysia… –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/20/wawasan-2020-kini-sejarah-tn50-adalah-masa-depan/
No comments:
Post a Comment