Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 January 2017

DI MALAM JUMAAT : NAJIB AJAK ANAK MUDA BERDIALOG, RARA TAHU AJAK ‘MAIN LILIN’

 
DISEBALIK kehangatan aura Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam dewan di Universiti Malaya semalam, ‘melukut di tepi gantang’ lapan orang anak muda memasang lilin sambil memegang keratan kertas yang tertulis beberapa desakan untuk Kempen Tangkap Malaysia Official 1 (MO1).
Mereka yang dipercayai adalah mahasiswa Universiti Malaya itu berbuat demikian kununnya suara serta pandangan anak muda tersebut tidak didengari, malah disekat oleh pihak-pihak tertentu.
Sedangkan, di dalam dewan pula suara anak muda bukan sahaja terbuka luas, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri amat berminat untuk mendengar pandangan, kritikan, aduan dan cadangan dari mereka yang bergelar anak muda.
Dua suasana berbeza dalam satu kawasan yang sama. Agak kelakar kerana dalam kedua-duanya itu pasti ada salah satu daripadanya sedang cuba menipu kita.

 
Dengan dihadiri kira-kira hanya 8 orang pelajar sahaja, mereka diketuai oleh Anis Syafiqah dan Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara, seorang pemimpin muda dari DAP.
Soalnya sekarang, kenapa DAP harus campur tangan dalam urusan tunjuk perasaan pelajar universiti tersebut jika tiada sebarang elemen politik di dalamnya? Dan adakah benar 8 orang pelajar itu ikhlas mahu bertemu Najib Razak atas tujuan suara mereka tidak didengari?
“Sekali ikan di air, sudah diketahui jantan dan betinanya”, begitulah juga apa yang cuba dilakukan oleh 8 orang pelajar Universiti Malaya ini.
Jika tidak kerana bermotifkan politik, tidak pula mereka sanggup untuk membuat ‘upacara’ ala Pembangkang dengan siap lengkap berlilin dan plakat.
Maaf dipohon kepada 8 orang pelajar yang menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP itu, kerana usaha mereka untuk menipu melalui kempen Tangkap MO1 dan hak kebebasan bersuara tidak kesampaian.
Adalah lebih bermanfaat dan bertamadun sekiranya 8 orang pelajar ini termasuklah Rara sendiri hadir ke Sesi Dialog Perdana TN50 bersama Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada tarikh dan masa yang sama.
 
 
Ini kerana, walaupun dua ‘majlis’ ini dilakukan di tempat yang sama, namun darjat dan ‘kemuliaan’ antara kedua-duanya amatlah jauh bagai langit dengan bumi untuk kita bandingkan.
Telahan lagi, sesi dialog tersebut sarat dengan perbincangan mengenai idea dan penambahbaikan hala tuju negara kita, tidak seperti ‘majlis’ bakar lilin oleh 8 orang pelajar ini yang dipelopori Wanita DAP bernama Rara tersebut.
Maka sekali lagi kita harus mengucapkan terima kasih buat Rara kerana telah menunjukkan kepada rakyat sejauhmana kemampuan DAP mengajak anak muda untuk berfikir dan menghabiskan masa malam jumaat mereka. –Tv145
http://www.tv14.my/2017/01/20/di-malam-jumaat-najib-ajak-anak-muda-berdialog-rara-tahu-ajak-main-lilin/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...