Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 9 January 2017

BN AKAN MENANG PRU14 – RAMAL FINANCIAL TIMES

Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk mengekalkan cengkaman kuasanya.
Cabang penyelidikan akhbar ekonomi antarabangsa Financial Times itu juga percaya bahawa persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini dicabar di mahkamah akan siap menjelang akhir suku kedua.
“Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun terpalit dengan skandal rasuah 1MDB.
“Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang yang berpecah bermakna peluang untuk perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia,” katanya dalam satu kertas penyelidikan.
Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.
Najib sebelum ini membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, tetapi tarikh sebenar masih menjadi misteri, sama seperti apa yang berlaku sebelum pilihan raya umum tahun 2013.
Perdana Menteri juga menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB dan mendakwa tuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menjatuhkannya.
Ramalan PRU-14 adalah sebahagian daripada laporan pasukan penyelidikan FT mengenai kaji selidik sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia.
Kaji selidik itu mendapati bahawa rakyat negara ini adalah antara yang paling pesimis daripada responden di negara-negara Asean, dengan indeks sentimen ekonomi Malaysia jatuh 10.6 mata kepada 19 mata pada suku keempat.
Indeks sentimen politik Malaysia juga merosot 6.1 mata sepanjang tempoh yang sama kepada 22.9 mata.
Penyelidikan FT itu juga percaya bahawa ketidaktentuan mengenai tarikh pilihan raya akan datang, serta susut nilai ringgit mungkin menyumbang kepada prospek suram negara.
“(Rakyat Malaysia) satu-satunya yang menjangkakan iklim ekonomi dan politik tempatan mereka akan merosot dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.
Pasukan penyelidik itu berkata sentimen ekonomi merosot di sebalik “peningkatan baru-baru ini dalam ekonomi.”
“Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.4 peratus dan 4.7 peratus pada 2017, meningkat daripada anggaran 4.2 peratus tahun ini,” katanya.-Malaysiakini.com

http://www.tv14.my/2017/01/04/bn-akan-menang-pru14-ramal-financial-times/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...