Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 9 January 2017

PEROSAK MASYARAKAT ZAMAN BERZAMAN

“Akan muncul suatu zaman yang ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai bagai fitnah” (HR Muslim).
Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Rasulullah SAW telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi SAW bertanya: Wahai Jibril, siapakah mereka itu?. Jibril menjawab: “Mereka inilah pengumpat, “Pencela dan Pengadu domba”.
Hakikatnya fitnah merupakan salah satu jenayah. Tujuan perbuatan fitnah adalah untuk merosakkan reputasi dan menjatuhkan kredebiliti seseorang terutama pemimpin negara.
Fitnah dan adu domba keatas pemimpin negara dan ahli keluarga yang berlaku hari ini, rupanya telah lama berlaku di zaman Muhammad SAW masih hidup.
Watak Utama Perosak Masyarakat Zaman Berzaman
Siti Aisyah rha, isteri Muhammad SAW telah menjadi mangsa fitnah dan adu domba oleh Abdullah Bin Ubai. Perbuatan Abdullah Bin Ubai telah menyebabkan wujud sikap syak wasangka di kalangan penduduk Madinah keatas isteri Rasulullah.
Sehingga menyebabkan hubungan mesra dan akrab antara Saidina Abu Bakar dan Nabi Muhammad hampir retak. Malah ada sahabat nabi yang turut menyebarkan fitnah tersebut setelah terhasut dengan propaganda Abdullah Bin Ubai.
Akhirnya selepas satu ketika, kebenaran telah terbukti bahawa Siti Aisyah di fitnah setelah turunya wahyu yang membicarakan hal Siti Aisyah rha.
Watak perosak ini kemudiannya di teruskan oleh Abdullah Bin Saba’, pencetus gelombang Syiah. Disebabkan kebenciannya terhadap kepimpinan negara Islam kerana tidak terpilih untuk dilantik menjadi pemimpin. Abdullah Bin Saba telah memikirkan bagaimana hendak merosakkan keharmonian masyarakat Islam.
Akhirnya peluang tersebut hadir dan beliau telah berjaya menimbulkan huru hara dalam masyarakat Islam dengan cara menimbulkan fitnah, adu domba dan menghasut sehingga menyebabkan berlakunya perang saudara, permusuhan, kebencian, kutuk mengutuk dan berbunuhan.
Terkini, banyak fitnah terhadap pemimpin dan dasar pembangunan negara yang berpunca dari sumber pembangkang yang di terajui oleh YB Pandan, Saudara Rafizi Ramli. DS Najib, DS Rosmah, DS Zahid Hamidi, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, TS Khalid Ibrahim, Tabung Haji, NFCorp dan terbaru MRT dan Felda adalah mangsa fitnah Rafizi Ramli.
Dengan gaji purata RM26, 000 sebulan melalui jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan, beliau hanya memikirkan bagaimana hendak menghasut rakyat melalui fitnah yang di reka olehnya agar rakyat membenci kepimpinan negara terutama PM DS Najib.
Tugas sebagai ahli parlimen yang mewakili pengundi parlimen Pandan sudah tidak diendahkan olehnya. Nasib rakyat sudah tidak menjadi keutamaan. Apa yang penting bagi Rafizi ialah rakyat wajar di hasut, di hasut dan di hasut dengan fitnah.
Banyak fitnah yang di reka oleh Rafizi telah merosakkan rakyat kerana terpedaya dengan pembawannya yang di lihat seorang yang naif, baik dan jujur. Walhal sikap sebenarnya adalah sebaliknya. Ini kerana setelah berita fitnah yang di reka olehnya serta disebar dan kemudiannya di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Hakim telah memutuskan supaya Rafizi membayar ganti rugi terhaap fitnah yang dibuat oleh nya.
Keputusan yang di buat oleh hakim telah menunjukkan bagaimana peribadi Rafizi yang sebenar dan berita yang dibawa oleh ya adalah fitnah. Antara kerugian rakyat Malaysia yang terpangaruh ialah apabila mereka mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji. Setelah Rafizi menghasut dengan mengatakan Tabung Haji menuju kebangkrapan. Maka berbondong bondong lah rakyat mengeluarkan simpanan.
Tindakan rakyat telah menyebabkan mereka telah terlepas penggiliran mengerjakan haji dan mereka kerugian pulangan tahunan. Jika di fikirkan, siapa yang boleh menggantikan semula pulangan atau dividen dan penggiliran haji setelah mereka terhasut dengan fitnah yang di bawa oleh Rafizi. Rafizi sudah tentu tidak mahu bertanggungjawab. Maka rakyat yang menjadi mangsa.
Takziah kepada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kezaliman Rafizi yang mereka fitnah. Rakyat tidak bersalah, yang bersalah adalah Rafizi yang mempunyai sikap yang suka mereka fitnah kemudian menghasut rakyat.
Ambillah perintah Tuhan untuk dalam surah al-Qalam sebagai panduan agar kita tidak memilih golongan perosak terutama dari pembangkang yang hanya gemar mereka, menghasut dan menyebarkan fitnah sebagai pemimpin dalam PRU 14 nanti. Kerana mereka lebih banyak membawa kerosakkan dari kebaikkan.
“Janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah” (al-Qalam, 10,11).
http://www.tv14.my/2017/01/06/perosak-masyarakat-zaman-berzaman/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...