SEMUANYA berkaitan persepsi. Dengan persepsi yang teruk, sesuatu perkara baik mampu membuatkan orang ramai percaya bahawa ia buruk.
Itulah yang berlaku di negara kita. Setelah pembangkang tidak berdaya melawan pihak kerajaan dengan fakta dan idealisme, maka demi kemaruk nakkan kuasa, mereka terpaksa menggunakan persepsi.
Pernah pada hujung tahun 2016 lalu dibincangkan dalam portal Tv14 mengenai jawatan Perdana Menteri penyebab Datuk Seri Najib Razak diserang, begitu juga nasib nilai ringgit.
Antara punca nilai ringgit kita mengalami kejatuhan adalah dek kerana amalan pasaran terbuka yang diamalkan negara kita.
Semestinya melalui pasaran terbuka ini akan berlakunya penurunan dan kenaikan ringgit, harga komoditi dan harga minyak.
Senario yang berlaku kepada dunia pada 2016 dan menjelang awal 2017 ini adalah sebuah situasi normal ekonomi global.
Namun ia jadi seolah-olah tidak normal apabila pembangkang cuba bermain persepsi terhadap rakyat kita yang tidak tahu ilmu ekonomi sejagat.
Dalam soal kejatuhan nilai ringgit ini, pakar dalam urusan berkenaan iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) telah menjelaskan semuanya secara konsesus.
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, jatuhnya nilai ringgit kita pada hari ini bukan disebabkan 1MDB atau faktor Najib Razak.
Sebaliknya ia adalah perkara biasa, cuma telah menjadi agak ‘huru-hara’ dengan mainan persepsi dari pembangkang.
“Kesemua persepsi itu telah dicipta oleh pihak-pihak tertentu. Persepsi ini perlu diperbetulkan.“Jadi kita perlu membetulkan persepsi itu. Ia hanyalah cakap-cakap yang cuba menimbulkan masalah. Saya ingin mendesak kepada pihak yang membuat persepsi berkenaan agar cuba memberikan gambaran ekonomi negara kita yang sebenar berlaku dan sebagainya.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan BR1M di Kementerian Kewangan pada 5 Januari 2017.
Jika portal Tv14 pernah menyuarakan pandangan – sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri akan terima ‘nasib sama’ seperti Najib Razak – maka begitulah juga yang turut akan terjadi kepada persepsi nilai ringgit kita.
Maka tugas kita yang pastinya termaktub sebagai Fardhu Kifayah adalah perlu untuk melawan persepsi ini dan mencari ilmu sehabis baik agar kita tak mudah diperbodohkan. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/05/pembangkang-sembunyi-fakta-tentang-nilai-ringgit/
No comments:
Post a Comment