Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah menanguhkan sebarang penajaan tahun ini melainkan untuk pendidikan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor berkata sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.
"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.
"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.
“Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dilapor menafikan dakwaan menggunakan kedudukan untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.
Isu penajaan UniKL dan MARA timbul susulan pendedahan Tunku Mahkota Johor semalam yang mempertikaikan penajaan terhadap pasukan bola sepak Kelantan.
Tunku Ismail Sultan Iskandar turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA dan UniKL kepada pasukan Kelantan, termasuk baucar pembayaran, slip deposit cek dan surat menyurat berkaitan.
Beliau mempertikaikan langkah itu atas alasan ia dibuat ketika UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia sebanyak RM700 juta tahun lalu.
MARA adalah syarikat milik kementerian itu. UniKL pula institut pengajian tinggi milik MARA.
Annuar dalam penjelasan terbarunya hari ini mengucapkan "terima kasih" atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur.
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/01/ekoran-pendedahan-tmj-menteri-arah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
No comments:
Post a Comment