Aku tak tahu le jika ada sesiapa yang berada dalam pembangkang dapat menunjukkan bukti sepertimana yang pernah dilakukan oleh Ummi Hafilda Ali , adik pada Azmin MB Selangor.
Dok Tun M menyerang Najib tapi lupa pulak nak bertanyakan juga dari mana kekayaan Azmin perolehi sampai isterinya pun sama walaupun tidak bekerja.
Ops.....lupa lak. Tun pun kaya raya. Ialah hanya Tun Mahathir saja seorang mantan PM yang kaya raya sampai anaknya sendiri pun salah seorang JUTAWAN mengikit majalah FORBES. Tapi Tun dok mengata Najib seorang JUTAWAN. Bingai ke atau bebal, itu aku tak tahu. Tanya pada Azmin kang, lagi haru bunyinya.
Apa pun jika katakan Najib ada lakukan apa-apa salahguna kuasa, sudah tentu ada bukti yang kita lihat hari ini. Siap ada seorang yang mengaku bekerja dengan Najib sebagai TUKANG MASAK PADA NAJIB dok sama mengata BEKAS BOSS nya di hadapan ahli PPBM. Tapi semua itu tak berguna jika bukti tetap tidak ada.
Bak pepatah ENGLISH " NOT GUILTY UNTIL GOT SOLID PROOF "
Sekarang ada bukti, kenapa pihak SPRM tidak menyiasat semua dakwaan Ummi ini? Dan apa sudah jadi dengan siasatan tersebut?
Dan ini kenyataan Ummi selepas dia mendedahkan isu ini pada 30 Mei tahun 2012 dahulu.
Malah Tun sendiri pun senyapkan diri tentang isu ini kenapa? Apakah kerana Azmin berjaya membodek Tun dengan menyokong sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Tun hari ini agaknya.
KUALA LUMPUR 12 Jun – Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau ‘menyimpan’ bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan ‘mendiamkan diri’ apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan.
“Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia.
“Kita mahukan keadilan. Tetapi apa yang mengecewakan apabila bukti sudah diberikan, beribu-ribu laporan polis dibuat, kenapa SPRM tak siasat? Apa guna bagi bukti kalau tak diendahkan? Tidak siasat pun. Kenapa?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar akan dijalankan jika bukti-bukti baru yang berkaitan dikemukakan.
Pada masa sama, suruhanjaya itu tidak akan membuka siasatan yang telah diarah tutup oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Ummi Hafilda berkata, beliau turut merasa kecewa dengan SPRM yang hanya pantas mengambil tindakan jika sesuatu dakwaan itu melibatkan kerajaan atau ‘orang’ politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Kalau melibatkan kerajaan, BN, cepat (ambil tindakan), walaupun tiada bukti kukuh. Bukan niat saya nak persoal integriti SPRM. Tetapi, apakah bukti-bukti yang telah diberikan selama ini tak relevan?
“Banyak bukti yang diserahkan, apakah tiada satu yang boleh ‘sangkut’?” tegas Ummi Hafilda lagi. Mengenai pendedahan Abdul Murad terhadap pemilikan 20 akaun oleh Anwar, jelasnya , bekas Penolong Gabenor BNM itu semestinya tahu segala-galanya.
“Beliau (Abdul Murad) tahu maklumat lengkap dan sudah membuat pengakuan sumpah. Kata-kata beliau mesti ada kekuatannya dan bukan untuk ‘main-main’. SPRM boleh periksa,” katanya.
Persoalannya sekarang apakah pihak SPRM sudah menyiasat isu ini atau tidak? Jika belum saya meminta semua badan-badan NGO bangkitkan semula isu yang pernah dibuat oleh Ummi ini. Kerana jangan pihak SPRM hanya menyiasat melibatkan sesetengah pihak sahaja. Biarlah adil dan saksama.
Bagaimana dengan yang lain?
Setuju atau tidak kita desak SPRM siasat MB Selangor ini dari mana punca "KEKAYAAN LUAR BIASA AZMIN ALI PEROLEHI".
No comments:
Post a Comment