Kali ini aku nak kongsikan kepada semua isu yang Tun bangkitkan masa hari perasmian parti PPBM baru-baru ini.
Isunya mengenai GST.
Dalam ucapan penuh BERSEMANGAT oleh mantan PM yang kini menjadi KETUA PEMBANGKANG(iye ke) dikatakan bahawa jika pakatan pembangkang menang maka GST akan dihapuskan dan selepas itu dia kata dalam nada yang berlainan "secara sedikit demi sedikit"
(kena faham maksud yang tersirat dan tersurat apa yang dituturkan oleh Tun. Pada yang faham maksud saya).
Akan tetapi apa yang kita sendiri lupa akan satu program BN yang diucapkan oleh sorang lagi yang dulu kata TOTOK UMNO sendiri menceritakan perbezaan sistem percukaian yang dulu dengan sistem GST hari ini. Kenapa masa Tun ucapkan mengenai isu ini, Muhyiddin tidak menerangkan terlebih dahulu kepada Tun sistem GST ini baik untuk rakyat?
Nampak sangat apabila suatu ketika dahulu semasa dalam kerajaan, apa saja usaha kerajaan dipertahankan oleh beberapa pemimpin politik. Tapi apabila mereka masuk pembangkang, semua yang mereka katakan dulu sudah lain bunyinya. Itulah dia kesan dari perjuangan yang bukan sebenarnya berjuang demi kepentingan rakyat tetapi demi kepentingan diri sendiri.
Mereka ini sebenarnya bukan mahu memperjuangkan HAK RAKYAT tetapi memperjuangkan HAK MEREKA sahaja. Tapi mempergunakan rakyat untuk merealisasi demi kepentingan peribadi mereka.
Mereka menuduh kerajaan bersikap zalim terhadap rakyat tapi apa yang kita sebagai rakyat pula tidak sedar sebenarnya kita sendiri telah menzalimi terhadap pemerintah apabila kita terima saja bulat-bulat apa yang mereka kata tanpa kita siasat yerlebih dahulu.
Apakah ini kita nak pilih menjadi wakil kepada rakyat?
Apakah ini kita nak pilih menerajui negara kita?
Apakah mereka ini semua terkesan dengan apa yang kita rasakan? Mereka pun dah KENYANG dengan hasil yang mereka pernah dapat semasa menerajui kerajaan dahulu. Apakah kita ni mereka akan ambil berat dan ambil tahu? Kita sahaja yang fikir begitu. Inilah dia cara orang bermain politik. Mereka akan RACUN minda kita dengan berbagai-bagai dakyah sampai mereka berjaya. Akan tetapi apakah mereka akan laksanakan apa yang mereka perkatakan?
Ingatlah juga satu perkara. Sistem GST ini sudah pun dibincangkan pada zaman Tun semasa beliau memegang tampok pemerintah yang semasa itu menteri kewangannya adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kerana mahu melaksanakan pada masa itu masih belum dapat dilakukan.
Selepas Tun, zaman Pak Lah juga ada dibuat perbincangan mengenai GST ini dan akhirnya di zaman Najib terlaksanalah GST.
Tapi ada tak Tun berkata apa-apa tentang perbincangan mengenai isu GST ini dizaman dia?
Jawabnya tentulah TIDAK.
Kelak dikatakan nanti jika pembangkang memerintah apakah GST akan benar-benar dihapuskan? Atau mereka akan tukar nama sahaja tetapi sistem GST juga mereka akan gunapakai. Apakah mereka sanggup nak turunkan cukai kurang daripada 6% seperti ini atau kembali kepada sistem lama iaitu SST?
Fikir guna otak yang waras
Jangan guna nafsu sebagai pengganti kepada otak kita
No comments:
Post a Comment