Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 31 January 2017

KENAPA PEMILIK TANDA TANGAN INI LETAK JAWATAN?

Selain daripada pemilik tanda tangan ini letak jawatan, not 1000 ini juga diharamkan oleh ‘yang berkuasa’ pada ketika itu. Soalnya kenapa?
RAMAI yang tidak tahu bagaimana peristiwa gelap menimpa bekas gabenor Bank Negara allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein 22 tahun yang lalu, yang juga pemilik tanda tangan pada not wang kertas ringgit seperti pada gambar.
Tampil mengungkit kembali perkara berkenaan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa Jaffar, yang juga bapa mertuanya, meletakkan jawatan 22 tahun lalu kerana “tutup salah orang lain”.
Jaafar, meninggal dunia empat tahun sesudah dirinya meletakkan jawatan berkenaan yang mentadbir daripada tahun 1985, dan meletakkan jawatan pada 1 April 1994.
Peletakan jawatan itu diikuti dengan pengakuan Bank Negara bahawa mereka kerugian RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu. Perkara ini juga pernah dilaporkan oleh pihak media pada ketika itu.
“Al-fatihah kepada Tan Sri Jaffar Hussein bekas gabenor BNM yang letak jawatan hari April Fool 1994 kerana tutup salah orang lain.
“Sikit jumlah orang macam ini,” tulis Nur Jazlan di Twitter beliau baru-baru ini bagi merungkai kembali peristiwa gelap tersebut.
 
Ini susulan daripada kenyataan bekas pembantu gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid yang bahawa bank pusat itu kerugian AS$10 bilion dalam pasaran pertukaran asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahahtir Mohamad selaku pemimpin bertanggungjawab.
Murad berkata, walaupun jumlah kerugian itu besar, tiada sebarang siasatan dibuat walaupun oleh pihak Kerajaan Malaysia sendiri.
Isu ini kembali timbul apabila tularnya dokumen rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang mencadangkan pentadbiran Dr Mahathir sedar berkaitan rundingan meragukan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an.
Bagaimanapun, seperti dijangka, Dr Mahathir enggan mengaku salah sebaliknya telah mendakwa CIA berkomplot bagi memburuk-burukkannya. Dia juga menulis melalui laman blog miliknya dengan membezakan antara skandal BMF dan 1MDB, yang antaranya berhujah laporan CIA berkaitan BMF tidak melibatkan perdana menteri.
Namun demikian, ramai memberi respon bahawa, tindakan Jaffar itu sebagai mulia kerana sanggup hilang kuasa dan jawatan demi tidak mahu bersekongkol dengan kebobrokkan Dr Mahathir suatu ketika dahulu. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/31/kenapa-pemilik-tanda-tangan-ini-letak-jawatan/
897

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...