Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 31 January 2017

KERUGIAN FOREX BNM – RUGI ATAU DI CURI?


Pelbagai andaian boleh di buat terhadap kerugian besar Bank Negara Malaysia didalam perjudian kewangan.
Ini sama seperti isu 1MDB yang dimainkan oleh Tun Mahathir dan ANC  (Kelab Anti Najib) nya.
Pada isu 1MDB pelbagai andaian di buat sebelum dan selepas di periksa oleh PAC .
Selepas di siasat , ia tetap di lemparkan pelbagai permainan persepsi oleh pihak pembangkang dan kuncu kuncu Tun Mahathir , ini kerana mereka tiada lain peluru untuk menyerang DS Najib , maka seharus nya mereka bergayut bermati matian dengan isu hayat mereka ia itu 1MDB.
Malang nya mereka gagal kemuka sebarang bukti selain menambahkan lagi soalan untuk menghidupkan isu 1MDB.
Sedang rakyat mahukan bukti, mereka hidangkan soalan, harus di faham, soalan bukan nya bukti.
Maka jika sudah siasat pun mereka manipulasi, apatah lagi skandal kewangan terbesar dunia diwaktu itu. Seperti kerugian wang rakyat melalui BNM.
Pada skandal terbesar kewangan negara wang kerugian telah di beri dengan pelbagai jumlah yang berbeza.
Boleh di kata kan semua jumlah itu betul belaka atau juga semua jumlah itu bohong belaka, kerana jumlah yang di beri tidak dibelakang kan dengan sebarang “verificatiion” dari mana mana autoriti.
Seorang penulis terkenal ia itu Raja Petra Kamaruddin telah pun menyatakan jumlah kerugian sebenar tidak di ketahui ada lah sebab unsur unsur mencuri ada di dalam nya.
Dalam erti kata lain walaupun rugi, jumlah kerugian termasuk jumlah yang berkemungkinan telah di curi.
Maka, jika kehilangan besar wang negara di atas nama “kerugian” terlihat seolah olah tidak ada unsur jenayah, maka di dalam jumlah kerugian sebenar nya ada jumlah yang di curi dan di bawa lari ke luar negara.
 Apabila melihat tokoh tokoh di belakang nya seperti Tun Mahathir dan Tun Daim, maka semua nya “impossible” selagi tidak dibuka siasatan yang rasmi secara total.
Maka itu sebab nya di anjurkan kes skandal kewangan terbesar ini di siasat oleh pihak ketiga seperti mana DS Najib dan 1MDB diserahkan kepada pihak ketiga yang di dalam nya ada pihak lawan seperti Tony Pua.
Cuba tanya sekali lagi berapa kerugian Bank Negara , tentu anda akan dapat jawapan berbeza dari orang berbeza.
Apa kata Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan jumlah kerugian –
Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat Malaysia pada 1991 sehingga 1993 terlibat didalam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sehingga menyebabkan kerugian lebih USD10 bilion (RM44 bilion).
Kemudian lihat lah berapa pula jumlah yang di kata kan telah lesap oleh Gabenor Bank Negara sendiri ia itu Datuk Jaafar Hussien dalam pengakuan nya  “Saya Silap” pada kerugian RM5.7 billion.
Kenyataan Arwah Datuk Jaafar Hussien ini kemudian diberi penjelasan oleh Datuk Nur Jazlan sebagai menantu nya bahawa Arwuah di paksa untuk mengaku bagi jumlah itu dan kemudian  meletak jawatan untuk menutup kesilapan orang lain, makna nya di “kambing hitam” kan.
Maka jika 2 pihak autoriti dari Bank pusat yang sama telah memberi jumlah yang berbeza, maka harus kah kita mahu mempercayai pihak yang menjadi dalang nya seperti Tun Mahathir dan Tun Daim?
Pada tulisan Raja Petra Kamaruddin yang terbaru dimana Tun Mahathir tidak pernah mahu saman, dia berkata bahawa berkemungkinan didalam jumlah kerugian itu ada jumlah yang di tumpang curi.
Berkemungkinan wang di curi sambil diakui kerugian.
Kerugian dalam dagangan tidak terlihat sebagai jenayah dan hanya boleh di lihat sebagai cuai dan “incompetent” sahaja.
Maka itu sebab nya jumlah kerugian yang di sebut berbeza beza.
Sesiapa pun boleh menuduh bermacam macam dan andaikan pelbagai bagai kerana ia tidak di siasat secara total oleh pihak ketiga.
Tun Mahathir dan Tun Daim tidak perlu takut kerana mereka suci dan baik, tambah lagi mereka tidak pernah mencuri wang negara, maka tentu mereka tidak keberatan untuk file kerugian wang negara di buka semula.
Pembangkang juga akan setuju jika file di buka semula, kerana ketua mereka Lim Kit Siang telah menulis 2 buku berkenaan kerugian besar ini.
Jika Kit Siang enggan setuju, maka tindakan saman atau tuduhan menipu terhadap 2 buah buku tulisan nya berkenaan skandal FOREX boleh dilaksana kan.
Benar kata Datuk Murad, saksi , kerani dan mereka yang terbabit ada yang sudah mati jika hidup pun sudah uzur, dan file mungkin sudah di makan anai anai , tetapi kebenaran mutlak mesti di “establish” kerana ia wang dari keringat rakyat yang di kutip dari sistem cukai SST.
http://www.tv14.my/2017/01/31/kerugian-forex-bnm-rugi-atau-di-curi/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...