Sebelum ini MiM telah menulis artikel bertajuk 'Perjanjian Rahsia Antara Mahathir & Kit Siang Terbongkar' pada 30 Disember 2016.
Isunya ialah tentang satu perjanjian rahsia di antara Dr Mahathir dan Kit Siang telah dimeterai pada 3 Disember lalu, sehari sebelum Konvensyen DAP itu. Kewujudan perjanjian ini telah didedahkan oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Perjanjian itu di antara lain telah menetapkan bahawa Mukhriz Mahathir dan Kit Siang diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
Pihak yang pertama memberi respons ialah Mukhriz Mahathir. Pada 1 Januari 2017, beliau telah mencabar bekas naib pengerusi DAP itu mendedahkan bukti dan sumber berhubung isu beliau sebagai calon perdana menteri sekiranya Pembangkang menang pada PRU14.
Sekiranya Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadapnya, tambah Mukhriz lagi.
Pada 4 Januari 2017, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah menjawab balik kenyataan Mukhriz. Beliau sedia disaman.
"Sebagaimana yang saya jangka (Mukhriz) akan menafikan dakwaan saya tersebut dengan menyifatkan ia tiada asas. Maka jika keadaannya begitu mengapa beliau (Mukhriz) begitu berminat untuk mengetahui siapa sumber yang mendedahkan hal perjanjian sulit itu kepada saya?'
"Dengan itu saya katakan bahawa saya bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang saya ambil," katanya.
Bukan sahaja bersedia untuk disaman, Tunku Aziz turut mencabar Mukhriz dan Kit Siang agar membuat akuan bersumpah bahawa kedua-duanya tidak pernah bercita-cita menjawat dua jawatantertinggi dalam kabinet itu.
"Supaya menjadi jujur dan telus dalam dunia politik, saya menggesa Mukhriz dan Kit Siang membuat akuan bersumpah bahawa mereka berdua tidak pernah bercita-cita mahu menjadi PM dan TPM. Tidak pernah," cabar Tunku Aziz.
Seminggu (30 Disember 2016) telah berlalu, Dr Mahathir dan Lim Kit Siang masih lagi mendiamkan diri tanpa sebarang respons tentang kenyataan Tunku Aziz itu. Kit Siang & Mahathir takut saman Tunku Aziz?
Kita juga sedang menanti respons Mukhriz Mahathir sama ada beliau akan mengotakan kata-katanya yang akan menyaman Tunku Aziz.
Dalam politik, diam membisu tanpa jawapan yang munasabah akan menyebabkan persepsi rakyat bahawa isu itu adalah benar-benar berlaku. Lebih-lebih lagi jika ada pihak yang mahu menyaman tetapi pihak itu tidak pun memulakan saman itu. Pihak ini akan dianggap berbohong dan isu yang mahu disaman itu akan dianggap benar.
Isu saman ini tentu mengingatkan kita tentang 2 kenyataan saman yang kononnya akan dibuat oleh Lim Kit Siang
a. 30 April 2013 - Kit Siang akan menyaman Dr Mahathir jika enggan menarik kenyataan bahawa Lim Kit Siang adalah seorang rasis.Kit Siang adalah RASIS - Mahathir
b. 2 Januari 2016 - Kit Siang membuat kenyataan peguam DAP akan mulakan prosiding dalam satu atau dua hari lagi tentang isu parti cauvinis DAP ditawarkan dana sebanyak USD300 juta oleh Israel untuk PRU13 dan juga pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategik.
"Semua pemimpin politik mesti diberi pengajaran yang mereka tidak boleh melepaskan diri selepas berdusta atau membuat dakwaan paling tidak munasabah, atau melindungi diri dari perbuatan jahat dan pengecut itu dengan mendakwa mereka hanya mengitar semula pembohongan." celoteh veteran tua DAP itu.
3 tahun (April 2013) dan setahun (Januari 2016) berlalu tetapi Kit Siang DAP masih gagal lagi untuk menyaman Mahathir, Mohd Zuhdi Marzuki dan Mohamaed Razali!
Dan jika merujuk kepada celotehnya seperti dia atas, Kit Siang sebenarnya menipu diri sendiri dan penyokong-penyokongnya.
Persepsi rakyat sekarang ialah Lim Kit Siang DAP memang seorang rasis dan parti DAP memang telah ditawarkan dana daripada pihak zionis Israel, 2 entiti besar yang patut menyedarkan rakyat agar tidak sesekali menyokong parti cauvinis tersebut.
Sekarang, Kit Siang berdiam diri tentang perjanjian rahsia beliau dengan Mahathir Mohamad. Jika veteran tua DAP keluarkan kenyataan mahu menyaman Tunku Aziz, beliau sudah tentu akan dikutuk keras oleh rakyat kerana dakwaan sebelum ini untuk menyaman pun masih gagal dilakukannya.
Malah sebenarnya, parti DAP tidak berani untuk menyentuh atau takut kepada 3 individu yang telah mendedahkan segala keburukan parti cauvinis itu. Seperti yang kita tahu, pemimpin-pemimpin DAP begitu senang mengertak dan menyaman pihak-pihak lain walau pun mereka sendiri menyelar pihak lain menyaman.
Dan ketiga-tiga individu ini telah melondeh parti DAP hingga parti itu tiada lagi maruah diri dan sepatutnya ditolak jauh-jauh oleh seluruh rakyat Malaysia.
Tetapi, hingga ke saat ini, DAP tidak berani untuk menyaman mereka.
http://novandri.blogspot.com/2017/01/perjanjian-rahsia-kit-siang-dap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)
No comments:
Post a Comment