Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 January 2017

NETIZEN LIHAT KPI PEMIMPIN HANYA DARI SEHELAI KAIN PELIKAT?


MEDIA SOSIAL menjadi saksi terhadap bagaimana akal rakyat Malaysia berfungsi. Adalah lebih mudah kita dapat lihat jika isu itu berkaitan menentang kerajaan.
Dalam menyambut ambang tahun baharu 2017 ini, viral dua berita di media sosial hingga menjadi kegilaan netizen.
Pertama, sekeping gambar dari Presiden Indonesia Jokowi yang hanya berkain pelekat duduk di halaman rumahnya untuk menyambut tahun baharu.
Keduanya tersebar gambar-gambar Perdana Menteri kita sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bercuti bersama keluarga di luar negara.
Tak perlu berteka teki lagi, sudah pasti kita dapat bayangkan bagaimana netizen mengherdik dan memaki Perdana Menteri sendiri disamping menjulang dan mengagung-agungkan Presiden negara jiran. Itulah penyakit hati rakyat kita di media sosial.
Mereka lebih suka dan tenang jiwa melihat keadaan pemimpin negara jiran berpakaian cukup zuhud, berbanding mempertahankan pemimpin sendiri.
Lebih teruk daripada itu, mereka sanggup mendoakan agar pesawat yang membawa Najib Tun Razak hilang dari radar semasa di udara. Adakah itu doa yang disyariatkan agama Islam?
Rakyat negara kita lebih suka melihat pemimpin sendiri berpakaian lusuh, mungkin berbaju Pagoda berwarna putih menampakkan ketiak, memakai kain pelikat berharga RM12 yang dibeli dari Langkawi dengan tuala ‘Good Morning’ disangkut di atas bahu? Sambil menaiki motor Honda ‘Kapcai’ yang telah berkarat untuk ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya?

Kredit dari Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Mereka tak kisah disebalik Jokowi yang penuh zuhud itu sebenarnya memiliki beratus ribu rakyat yang terpaksa terbang berhijrah ke negara-negara jiran untuk mencari sesuap nasi.
Bukan bekerja sebagai General Manager, Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengerusi Lembaga Pengarah, tetapi rakyat Jokowi yang zuhud itu mencari sesuap nasi di negara jiran dalam bidang 3D iaitu dangerous, difficult and dirty. Adakah ini harus dibangga?
Bukan niat penulis untuk menghina rakyat, negara dan Presiden Indonesia, tetapi penulis mahu menempelak serta menghina rakyat Malaysia yang tidak waras ketika berfikir dan menterjemahkan fikiran mereka melalui komen di media sosial.
Sedangkan Perdana Menteri yang mereka benci dan sedang mengaminkan doa kematian itulah yang telah membuktikan kemampuannya mempertahankan tahap ekonomi negara dikala ekonomi dunia sedang merudum.
Jika netizen di media sosial mengukur kejayaan seseorang pemimpin negara itu melalui sifat zuhudnya, maka lebih baik Malaysia tidak memilih ahli politik yang ada sekarang sebagai Perdana Menteri, sebaliknya pilihlah para pengemis atau gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/02/netizen-lihat-kpi-pemimpin-hanya-dari-sehelai-kain-pelikat/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...