Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 4 January 2017

Mahathir Anggap Hanya Mukhriz Layak Jadi Perdana Menteri

Beberapa hari lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tun Ibrahim mendedahkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih secara perjanjian sulit, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Tunku Aziz mendedahkan Mukhriz sebagai calon PM itu berdasarkan kepada perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember 2016.
Menurut Tunku Aziz, berdasarkan perjanjian rahsia berkenaan, Kit Siang pula akan dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak.
Ia dikatakan dibuat tanpa penge­tahuan parti-parti sekutu lain te­rutama PKR dan PAN.
Meskipun ia dinafikan oleh Mukhriz yang mendakwa Tunku Aziz sengaja mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan, namun ramai yang menunggu reaksi daripada Dr. Mahathir.
Sehingga kini Dr. Mahathir masih membisu menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa kenyataan Tunku Aziz itu ada kebenarannya berdasarkan kepada apa yang berlaku dalam senario politik negara sebelum ini.
Ramai yang tahu bahawa Dr. Mahathir mempunyai agenda peribadi ketika beliau keluar dari UMNO dan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta menubuhkan PPBM dan kemudian berada sepentas dengan pembangkang.
Ramai juga tahu bahawa tindakan Dr. Mahathir sebelum ini yang pernah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisi jawatan Perdana Menteri sebelum ini hanyalah gimik politik apabila bekas Perdana Menteri itu akhirnya berbaik semula dengan musuh lamanya, Anwar Ibrahim.
Malah isu skandal Muhyiddin dengan bekas isteri orang, Nika Gee yang terkandung dalam akaun bersumpah (SD) yang masih belum berjawab menjadikan Mukhriz sebagai calon paling layak untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.
Di saat ini, Muhyiddin hanyalah dikatakan sekadar presiden boneka PPBM dengan hakikatnya corak PPBM lebih banyak ditentukan oleh pengerusinya, Dr. Mahathir bersama-sama dengan anaknya Mukhriz.
Ketika kemelut melanda PPBM kini, Muhyiddin pula sedang seronok bercuti di luar negara.
Dan dalam usaha Mahathir untuk memastikan impian menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, beliau perlu mencari pengaruh yang kuat di dalam DAP dan atas sebab itulah mungkin perjanjian rahsia itu terpaksa dilakukan.
Mahathir tidak lagi boleh mengharapkan PPBM kerana parti itu sedang berdepan dengan krisis dalaman.
Isu Ainina Saadudin yang digugurkan sebagai ketua srikandi PPBM serta tindakan Mohamed Ezam Mohd. Noor keluar dari parti itu selepas hanya tiga bulan didalamnya dan teguran keras Khairuddin Abu Hassan yang meminta Muhyiddin membersihkan namanya daripada skandal seks juga menunjukkan PPBM sedang bergolak.
Atas sebab itu, Mahathir terpaksa mencari rakan yang kuat untuk memastikan agenda peribadinya itu tercapai. Bak kata ramai PPBM hanya batu loncatan sahaja untuk menjadikan impian politik Dr. Mahathir tercapai.
Mukhriz sebenarnya calon pilihan Mahathir dan Kit Siang untuk jadi PM. Nampak sangatlah sekarang perjuangan politik Mahathir hanyalah untuk menjadikan anaknya sebagai PM sahaja.
Kutuk semua perkara termasuklah mengata BR1M rasuah dan haji 1MDB tak mabrur. Rupanya semua itu hanyalah untuk menjadikan anaknya sebagai PM.
Tulisan : 
Beruang Biru
BB210, Selasa
3 Januari 2017

https://www.facebook.com/intan.rahim1/posts/1239328639438325

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...