Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 4 January 2017

Sebab Sebenar Dato' Bahri SPRM Letak Jawatan


Sekarang timbul satu persoalan besar tentang pihak manakah yang berbohong tentang isu persaraan awal bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Bahri Mohamad Zain.




Portal Pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini melaporkan beliau kecewa dengan perjalanan dan kesan siasatan ke atas SRC International. 

Portal media FMT pula melaporkan kenyataan sumber yang mempersoalkan pemilihan masa Bahri Mohamad Zain meletakkan jawatan pengarah di bahagian operasi khas SPRM.

Ia datang di tengah-tengah pendedahan yang mendakwa anak-anak Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam lebih 400 syarikat termasuk entiti berkaitan kerajaan dan kebanyakan berlaku apabila Dr Mahathir masih berkhidmat, kata sumber itu lagi.

“Jadi, adakah Bahri meletak jawatan kerana SRC atau adakah dia berasa dikhianati oleh kepura-puraan Mahathir?

“Jadi, mengapa Bahri bertahan sebegitu lama sedangkan beliau rasa ‘kecewa’?”

“Ini adalah soalan yang perlu dijawab. Bahri patut teruskan hidup, bukannya mendatangkan mudarat lagi kepada negara,” tambah sumber (3/1/2017)

Ironinya, salah seorang anak Dr Mahathir tidak pula menafikan terlibat dengan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam beberapa poster yang viral dalam media sosial itu. Sebaliknya, beliau meminta media periksa sendiri dengan pihak yang bertanggungjawab! Baca sini

Pada hari yang sama (3/1/2017), SPRM mengeluarkan kenyataan menafikan persaraan awal Bahri Mohammad Zin mempunyai kaitan dengan siasatan ke atas SRC International. Persaraan Bahri sebenarnya di atas pilihannya sendiri selepas permohonannya itu telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 6 bulan lalu.

SPRM telah menghubungi Bahri dan beliau menafikan telah mengeluarkan kenyataan memilih bersara awal kerana kecewa terhadap siasatan SRC International itu.




Kemudian portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini menyiarkan pula kenyataan Bahri yang didakwa telah memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabar beliau. Di antaranya:

“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil .....
"Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana," katanya lagi.

Benarkah laporan SorosKini MalaysiaKini ini?

Untuk rekod, Bahri bersara mulai 30 Disember 2016 selepas berkhidmat dengan agensi SPRM sejak lebih 30 tahun lalu. Beliau memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) sejak 16 Jun 2014 dan sepatutnya bersara pada 2018.

Pada 26 Januari 2016 , Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali telah memutuskan bahawa siasatan mendapati tiada salahguna kuasa untuk meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC International Sdn Bhd. SRC International pula dalam satu kenyataan pada Oktober 2015 telah menafikan sebarang penyelewengan dana dan berkata pinjaman itu sudah diambil kira di dalam kunci kira-kira. 

“Di pihak kami, saya dan pasukan saya – juga telah melakukan penelitian menyeluruh ke atas kertas siasatan. Kami meneliti analisis forensik kesemua keterangan membabitkan angka dan nama. Kami malah bertungkus lumus berminggu-minggu untuk meneliti dan merangka carta aliran wang untuk kami memahami sepenuhnya apa yang berlaku dan keseluruhan episod. Ia bukanlah tugas yang mudah dan pasukan saya mengambil sedikit masa untuk menganalisis kesemua ini,” kata Apandi lagi.

2 panel bebas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah memutuskan bahawa tidak ada keraguan dalam keputusan Peguam Negara itu.

Dan seperti rakan-rakan media sosial yang lain, MiM juga menyarankan agar Bahri Mohamad Zain mendedahkan semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah seperti yang beliau dakwa. Jangan tuduh dan gertak sahaja. 

Bahri berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Mahu dedahkan pemberi rasuah dan pengambil rasuah? Ditawarkan jawatan oleh Pembangkang?

Kita tunggu dan lihat.

http://novandri.blogspot.com/2017/01/sebab-sebenar-dato-bahri-sprm-letak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...