Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 January 2017

MAHATHIR SAMBUT “MANGSA MANGSA” BARUNYA DI PERHIMPUNAN PRIBUMI


Pelbagai pihak telah memberi pelbagai jumlah mengikut tafsiran masing masing berkenaan berapa ramai orang akan hadhir pada majlis pelancaran parti terbaru komponen Pakatan Harapan ia itu Parti Pribumi Perkasa Malaysia.

Jika di ikutkan pada ramalan pihak Pribumi sendiri dijangkakan 25,000 akan hadir walaupun kapasiti stadium Hanya boleh memuatkan maksima 15,000 orang sahaja. Mungkin 15,000 itu untuk jumlah seat diatas sahaja.

Tetapi bukan jumlah yang menjadi pesoalan, persoalan nya adalah sambutan boleh di kira hambar dan “predicted”.
Seperti di jangka Mahathir akan ulang pembunuhan “character” Najib, daan jangkaan ini benar dan tepat.
Parti Pribumi ujud pun atas sebab yang sama ia itu kerana Tun Mahathir marah kepada Najib kerana telah tidak melayan “perintah” dan “kehendak” nya yang bermacam macam dan berjela jela.

Pada ucapan nya malam tadi Tun Mahathir sahkan bahawa pendiriannya sememang tidak konsisten sama seperti dakwaan nya terhadap 1MDB.

Boleh juga dikatakan telah membuat U- turn dari pendirian awal nya terhadap GST dan BRIM.

Mungkin Tun menyedari BRIM amat diperlukan oleh kalangan rakyat bawahan dan B40 maka jika berlawan arus Tun Mahathir akan disisih oleh rakyat seramai 7 juta yang menerima terus dan beberapa juta lain yang berkaitan dengan 7 juta orang itu sebagai abang adik kakak ayah dan ibu hatta Tun Mahathir akur.

Bagi GST pula kata Tun malam tadi ia akan di fikirkan cara baru untuk mengganti nya atau menukar nya, sah sekali ia tidak praktikal lansung kerana hampir seluruh dunia telah menerima dan melaksana kan nya, Cuma dinegara mereka pembangkang tidak sejahat dan sebodoh seperti pembangkang di sini yang membangkang apa sahaja dan membangkang segala perkara walaupun yang baik untuk rakyat.

Apa yang jelas pada perhimpunan malam tadi ada lah betapa Tun Mahathir begitu seronok mendapat “crowd” sendiri dan golongan yang di boleh manipulasi dan pergunakan.

Setelah “crowd” dulu yang terdiri dari kalangan orang UMNO tidak mahu lagi terikat dan jadi mangsa untuk di perguna kan oleh Tun Mahathir dan para kroni dan proksi nya.

Kini dengan audien terdiri dari mereka yang jahil kisah lampau Tun Mahathir maka boleh lah Tun Mahathir pergunakan dan perkuda kan mereka sesuka hati sebagaimana orang UMNO kena pada masa lalu.

Orang UMNO yang telah memberi sokongan dan kesetiaan kepada nya sekian lama boleh digelar bodoh dan makan dedak hanya kerana enggan dipergunakan lagi oleh nya setelah tidak lagi menjadi Presiden.

Boleh dikatakan orang UMNO menolak secara total dari terus dimangsakan oleh Tun Mahathir.

Atas sebab itu lah setelah gagal perguna orang UMNO maka Tun Mahathir lari kepada pembangkang untuk pergunakan mereka pula.

Namun, dibelakang tirai masing masing menyimpan cara untuk memakan sama sendiri di saat akhir nanti.
Kini setelah susah payah dan sedari dari realiti, maka PPBM baru mampu membuat himpunan untuk majlis pelancaran parti mereka.

Pembohongan dan permainan persepsi bahawa jutaan ahli UMNO akan menyertai nya hanya lah mimpi di siang hari sahaja.
Dengan berlansung nya majlis malam tadi, maka kita dapat melihat betapa “mangsa mangsa” baru Tun Mahathir akan diperguna kan untuk meneruskan cita cita peribadi nya.

Orang lama dan matang akan jauhi diri dari Tun Mahathir selain yang hadhir kuncu kuncu nya yang ada bahagian masing masing ketika dia berkuasa dan mereka yang mengharapkan sambungan habuan bila dia berjaya nanti.

Selain itu yang sokong adalah pegawai pencen yang tiada benda untuk di buat diwaktu lapang dan sejumlah anak muda yang jahil perbuatan lampau Tun Mahathir.

Mereka ini adunan terbaik untuk menyokong Tun Mahathir yang defisit sokongan dan mereka amat sesuai untuk diperguna kan oleh Tun Mahathir.

Selamat menjadi “mangsa”. –Tv14

http://www.tv14.my/2017/01/15/mahathir-sambut-mangsa-mangsa-baru-nya-di-perhimpunan-pribumi/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...