DENGAN mengambil teori dari Pakar Strategik Pakatan Harapan, Rafizi Ramli, sekiranya ingin menurunkan harga barang, maka perlulah diturunkan terlebih dahulu harga minyak di pasaran.
Namun, selepas Kerajaan Persekutuan mengambil langkah membuat apungan harga minyak berdasarkan harga peringkat global, ternyata teori dari Rafizi Ramli yang dicanangnya sebelum pilihan raya umum ke 13 lalu adalah penipuan besar untuk rakyat.
Harga barang masih tidak turun walaupun pernah suatu ketika harga minyak turun mendadak sehingga 10 sen di seluruh negara. Kemana Rafizi ketika itu? Dia hanya lari dan berdiam diri kerana pembohongannya itu telah ‘kantoi’.
Begitu juga yang berlaku ketika Datuk Ahmad Maslan berkata ada sesetengah harga barang akan turun apabila GST menggantikan SST. Secara teorinya Ahmad Maslah bercakap benar.
Ini kerana, ada sesetengah barang itu ketika Kerajaan Persekutuan melaksanakan SST, ia dicaj sebanyak 10 peratus. Namun selepas GST diperkenalkan, maka kesemua barang yang dikenakan cukai haruslah menjadi 6 peratus.
Maka secara teorinya, ada sesetengah barang akan berlaku sedikit kenaikan dan ada juga yang seharusnya turun harganya. Namun kenapa ia tidak berlaku?
Tidak berlaku peristiwa turun harga barang ini ketika diperkenalkan GST 6 peratus adalah kerana sikap segelintir para peniaga sendiri. Sudah ‘berbuih mulut’ diterangkan, para peniaga yang tidak bertanggungjawab dan hanya mahu mencari keuntungan dengan cepat tidak akan menghiraukan arahan menurunkan harga barang.
Maka sebab itulah ada terjadi di sesetengah tempat ada juga barang yang sebelum ini tidak dikenakan cukai namun atas nama GST, para peniaga tersebut sengaja meletakkan caj 6 peratus. Apa pengguna buat? Bukan mereka mahu salahkan peniaga pun, sebaliknya mereka bertindak turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan memaki hamun kerajaan di media sosial.
Padahal pada teori dan undang-undangnya Kerajaan Persekutuan telah membuat yang terbaik dan di pihak yang benar. Tambah lagi ada dikalangan pembangkang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua dan lain-lain yang sengaja memainkan persepsi untuk menaikkan lagi kemarahan rakyat.
Oleh sebab itu apabila Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencadangkan untuk pemansuhan GST, maka ia agak kelakar bagi mereka yang mengetahui.
Dengan alasan GST membebankan rakyat dan menaikkan harga barang, penulis mahu sangat bertanya, kenapa pula harga barang tidak turun semasa harga minyak turun dahulu? Bukankah Pakar Strategik Pakatan Harapan Rafizi Ramli telah memberi teori berkenaan?
Jadi selaku rakyat yang bertamadun dan memiliki akal waras, jangan sekali lagi kita terpesona dengan mainan propaganda pembangkang ini. Percayalah, jika GST dimansuhkan sebanyak 50 kali sekali pun, harga barang tidak akan sewenang-wenangnya mampu turun dengan mudah.
Jangan dicari Kerajaan Persekutuan dalam soal ini, pergilah cari para peniaga yang tidak berhati perut dan mahu mengaut untung berlipat kali ganda dalam masa yang singkat. Merekalah sebenarnya yang membuatkan kehidupan rakyat tersepit dengan kos barangan tinggi. Namun, Kerajaan Persekutuan juga yang dipersalahkan. Berhentilah dari terus diperbodohkan!
http://www.tv14.my/2017/01/17/hapus-gst-harga-barang-tetap-tidak-turun/
No comments:
Post a Comment