Tindakan bodoh pemimpin pembangkang supaya mendidik anak-anak dirumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1 Malaysia Devlopment Berhad seperti menyuruh ibu bapa menjadi syaitan dan mendidik anak-anak dengan cara syaitan.
Ini sangat bertentangan dengan Firman Allah surah Al Hujrat ayat 6 yang memerintah agar tabayyun setiap berita yang diterima agar tidak tertimpa musibah bahaya terhadap sesuatu kaum.
Tuduhan 1MDB telah merosakkan negara adalah sangat berat sedang projek yang dibangunkan melalui 1MDB sedang rancak dijalankan.
Berkata dengan angka 40 bilion wang negara diselewengkan hanya ungkapan manusia terhadap kaum yang bodoh,manakala orang cerdik memerlukan bukti seperti tarikh dan transaksi sebagai rujukan kebenaran.
Sekiranya negara ini rosak seperti yang di ‘chop’ oleh pembangkang, bolehkah pemimpin pembangkang menerima elaun setiap bulan dan melancong keluar negara setiap tahun, bahkan ada juga di setiap bulan?
Dalam Islam, sesungguhnya anak-anak adalah amanah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada setiap manusia. anak adalah harapan di masa depan. Merekalah kelak yang akan menjadi pengaman dan pelopor masa depan agama dan negara.
Oleh kerana itu sudah menjadi kewajiban bagi ibu bapa mendidik anak-anak menjadi generasi unggul dan tangguh di masa depan. Lebih dari itu, Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga memerintahkan kita sebagai orang tua untuk menjauhkan mereka dari api neraka kelak.
Ibu bapa perlu membina dasar hubungan harmoni dengan Allah, para Rasul, Malaikat serta seluruh isi alam ini supaya akhlak mulai dicontohi anak-anak dan generasi akan datang.
Ketahuilah kita dilarang menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta bertanggungjawab oleh Allah.
Kemusnahan jiwa anak-anak perlu dilihat oleh ibu bapa lebih teruk dari kerosakan negara yang di bom, orang lain tidak akan dapat membantu memulihkan kerosakan jiwa kita melainkan terus dihina dan dihina.-Hot Kelate
http://www.tv14.my/2017/01/18/pemimpin-pan-mahu-amanah-allah-diajar-jadi-syaitan/
No comments:
Post a Comment