Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 23 January 2017

SAIFUL NANG MENGHINA YANG DI-PERTUAN AGONG?

 
MUSIM haji tahun 2015 rakyat beragama Islam di negara kita tersinggung seketika dengan kenyataannya. Menghampiri musim haji tahun 2017 yang akan menjelma beberapa bulan sahaja lagi ini, sekali lagi lelaki yang sama cuba membuat provokasi melampau.
Saiful Nang, nama yang tidak harus diperkenalkan lagi kepada umum. Merupakan seorang fotografi profesional yang mengasaskan Saiful Nang Academy Sdn Bhd serta menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Colours of Asia Sdn Bhd.
Namanya menjadi terkenal seketika pada September 2015 kerana mendakwa terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram, sehingga dikecam oleh pelbagai pihak.
Kali ini melalui akaun Facebook yang sama, dia sekali lagi cuba mengundang provokasi tahap melampau kerana memuatnaik status dipercayai menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Melalui akaun Facebook bernama ‘Saiful Nang‘ dipercayai miliknya sendiri itu, dia telah kongsikan sebuah artikel dari blog tidak ternama iaitu ataspagar.com bertajuk ‘Nak Tengok Rumah Presiden Filipina?’.
Apa yang dikesalkan adalah, dia memuatnaik status berbunyi – ‘Kesian Filipina, negara mereka tak mampu nak berikan Presiden mereka rumah yang elok. Bangga pulak jadi orang Malaysia kerana ketua negara kita ada rumah besar dan jet-jet…’
Status tersebut dipercayai berbaur sarkastik terhadap Ketua Negara kita, iaitu YDPA yang dianggap lebih ‘mewah’ berbanding negara lain, dipetik contoh Filipina dan United Kingdom.
Soalnya sekarang, apakah motif Saiful Nang menyamatarafkan YDPA dengan Presiden Filipina dan Perdana Menteri United Kingdom?
Adakah dia dengan niat sengaja mahu menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan institusinya?
Jika benar bagai dikata, maka wajarlah Saiful Nang selaku warganegara Malaysia tampil membuat permohonan maaf khusus kepada Ketua Negara dan institusinya kerana tindakannya itu boleh diklasifikasikan sebagai biadap serta tidak menghormati YDPA. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/18/saiful-nang-menghina-yang-di-pertuan-agong/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...