Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 January 2017

UMAT ISLAM DI SELANGOR DINASIHAT SUPAYA TAK IKUT PERANGAI GUAN ENG?

SEKEMBALINYA ke tempat kerja dari masjid selepas menunaikan ibadah Solat Jumaat, kelihatan ramai juga para jemaah yang tersenyum dan bergelak ketawa sesama rakan-rakan. Apakah yang dibincangkan oleh umat Islam di negeri Selangor itu?
Kerana sifat ingin tahu dalam hati penulis ini agak tebal, maka dikuatkan diri untuk bertanya kenapa kelihatan ramai yang tersenyum riang dan bergelak ketawa sesama sendiri?
Rupanya kata mereka, pesanan dan mesej mimbar Jumaat pada hari ini amat sesuai dengan situasi politik sekarang. Apatah lagi kata mereka, bulan Mac nanti menjadi detik permulaan kepada sebuah ‘perbicaraan penuh benci’ buat seorang figura politik itu.
Apabila diingat semula, khatib pada Solat Jumaat hari ini mengingatkan para jemaah tentang amalan rasuah yang bukan sahaja dibenci Allah, malah turut dilaknat. Menurut teks khutbah berkenaan, aktiviti rasuah adalah sebuah penyakit sosial yang balasannya adalah dosa besar.

“Rasuah memberi kesan yang amat buruk kepada sistem keadilan dan pentadbiran. Ia mengetepikan hak-hak orang lain demi untuk kepentingannya.
 “Perbuatan rasuah meliputi amalan meminta, menawar, menerima suapan, tuntutan palsu atau menyalah guna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan golongan tertentu termasuk juga apa yang disebut umum sebagai ‘duit kopi’, ‘pelincir’, ‘tumbuk rusuk’, dan ‘duit tepi’ sama ada berbentuk wang tunai atau barangan seperti tukar tayar kereta, melancong, bayar bil, habuan gadis, ubah suai rumah dan sebagainya yang sukar ditangani oleh (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) SPRM,” kata teks khutbah berkenaan.
Apa pula sangkutan isu ini dengan politik Malaysia?
Ketika mana para jemaah itu sedang tersenyum dan bergelak sesama sendiri, rupa-rupanya mereka membayangkan wajah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Seperti yang kita semua tahu, Setiausaha Agung DAP itu sekarang sedang menunggu untuk dibicarakan kerana terlibat dalam dua pertuduhan kes rasuah.
Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014. Dakwaan itu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua pula, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan bernama Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya. Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Barulah penulis jelas sekarang ini kenapa ramai yang suka kepada pesanan mimbar di seluruh masjid di negeri Selangor pada hari ini. Soalnya, adakah teks yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu ditentukan oleh Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali?
Jika ya, adakah ada niat ‘udang disebalik batu’ yang cuba mahu disampaikan oleh Azmin kepada Lim? Mungkinkah ini salah satu cara ‘Kerajaan Azmin’ menyerang sinis ‘Kerajaan Lim Guan Eng’? –Tv14
http://www.tv14.my/2017/01/13/umat-islam-di-selangor-dinasihat-supaya-tak-ikut-perangai-guan-eng/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...