Robert Kuok Hock Nien yang popular dengan perniagaan gula mengekal kedudukan di tempat keatas sebagai individu terkaya di malaysia dengan memperolehi aset sebanyak RM36.7 bilion.
Selain perniagaan gula, beliau juga menjalankan perniagaan minyak sawit, hartanah, dan juga perhotelan, yang terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-12 berturut-turut.
Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong itu mempunyai kepentingan di dalam syarikat pengilang sawit, Wilmar dan rangkaian perhotelan Shangri-La Asia menerusi Kuok Group.
Tempat kedua dikuasai oleh ‘orang kuat’ syarikat konglomerat hiburan dan perjudian Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dengan nilai kekayaan berjumlah RM22 bilion manakala tempat ketiga pula jatuh kepada pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong dengan nilai kekayaan sebanyak RM20.3 bilion.
Kaji selidik tersebut dilakukan oleh sebuah majalah tempatan, Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara. Sebagaimana tahun sebelumnya, ia dinilai berdasarkan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.
Kajian selidik itu turut mendedahkan nilai kekayaan keseluruhan invididu setakat Disember 2016 berjumlah RM235.6 bilion berbanding RM222.8 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu mewakili kenaikan sebanyak 5.7 peratus.
Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada di kedudukan keempat terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak RM19.9 bilion.
Tan Sri Shahril Shamsuddin dari Sapura Kencana Petroleum pada kedudukan ke ke-29 dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.76 bilion dan bersama pemegang saham utama dalam syarikat itu ialah anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mokhzani Mahathir pada kedudukan ke-36 dengan kekayaan RM1.07 bilion.
Pada tahun 2015 anak mahathir berada dikedudukan ditempat 27 dengan nilai aset berjumlah RM1.644 bilion. -Tv14-
http://www.tv14.my/2017/02/06/anak-mahathir-hilang-34-7-peratus-kekayaan/
No comments:
Post a Comment