TERUK keadaan pemain-pemain politik tanah air kita apabila perlantikan seseorang penjawat awam pun dipertikai dengan kaitan politik yang tidak berasas.
Selepas sahaja Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilantik menjadi Ketua Audit Negara, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mempersoalkan jika beliau mampu bertindak secara bebas memandangkan suaminya adalah ahli Umno dan penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin pembangkang masih tidak berada di pemikiran yang waras dan seimbang apabila mempertikaikan urusan dalaman penjawat awam dengan perkaitan politik kepartian.
Jadi penyokong Perdana Menteri, adakah itu salah?
Apa salahnya Dr Madinah bersuamikan seorang penyokong kuat kepada Perdana Menteri? Sejak bila undang-undang mensyaratkan sesiapa yang dilantik untuk jawatan Ketua Audit Negara, maka dirinya dan seluruh tujuh keturunannya perlu bersih dari perkaitan politik kepartian dan haruslah tiada langsung hubungan dengan Perdana Menteri?
Apakah budaya yang cuba pembangkang mahu serapkan dalam diri masyarakat majmuk kita menjelang Wawasan 2020 ini? Soalnya, berdosakah untuk seseorang itu menjadi penyokong atau ada hubungan dengan Perdana Menteri? Salahkah di sisi undang-undang dan agama?
Siapa yang mentadbir dan membuat keputusan pejabat?
Selain daripada itu, kenapa PKR dan pembangkang yang lain termasuklah mereka yang tidak pernah bekerja di sektor kerajaan mempertikaikan hubungan kekeluargaan itu dengan pemimpin negara?
Yang akan menjalankan tugas sebagai Ketua Audit Negara itu suami atau isterinya? Atau adakah pihak pembangkang menganggap seseorang yang berjawatan Ketua Audit Negara mampu membawa ‘pulang’ jawatan itu ke rumah untuk membuat keputusan dari ruang rumah sendiri dengan dibantu oleh suami, anak, bapa saudara, sepupu, biras dan bibik?
Inilah penyakit bilamana pembangkang tidak pernah menjadi kerajaan dan tidak pernah bekerja di sektor kerajaan. Mereka buta dan bodoh soal prosedur kerja, kerahsiaan kerja dan KPI sesuatu kerja. Mungkin mereka pandang jawatan yang disandang Dr Madinah itu mampu di bawa pulang dan menjadi ‘haknya’ walaupun dimana dia berada.
Padahal kuasa yang dimiliki Dr Madinah bukan terletak kepada dirinya sebagai individu, sebaliknya ia terletak penuh keatas jawatan yang dipegang. Ini bermaksud, Dr Madinah bukan boleh semberono ‘memperdagangkan’ jawatan berkenaan untuk kepentingan suami atau rakan-rakan kepada suaminya sesuka hati. Ia bukannya seperti CEO sebuah syarikat!
Bagaimana pula dengan penjawat awam yang memaki Perdana Menteri?
Baiklah, pembangkang sengaja ‘menjalankan kerjanya’ dengan menyerang Dr Madinah dan suami sebagai salah satu cara untuk membentuk persepsi ketakutan dalam diri masyarakat kita. Mungkin mereka akan membawa isu ini sehingga menyentuh soal kepercayaan dan integriti sesebuah institusi kerajaan.
Namun harus juga diingat, laporan media telah membuktikan bahawa begitu ramai para penjawat awam atau lebih sedap dipanggil kaki tangan kerajaan yang bertindak memaki hamun dan memfitnah Ketua Kerajaan sendiri yakni Perdana Menteri.
Jadi, boleh dan suci murni pula tindakan mereka itu? Kenapa dalam hal ini tidak pula Pengarah Komunikasi PKR tampil menegur dan ‘meragu-ragu’ ke atas mereka?
Padahal, mereka adalah ‘enjin’ kepada urusan seharian pihak kerajaan. Mereka dengan sesuka hati menggunakan media sosial untuk memfitnah dan memaki hamun Perdana Menteri yang merupakan ‘big boss’ sendiri.
Jika benar kerajaan tidak telus, penipu, pembohong, rasuah, songlap dan curi duit, kenapa pula mereka-mereka yang ‘anti’ kepada Ketua Kerajaan ini tidak tampil membuat pendedahan berkenaan? Sebabnya tidak ada seperti dimomokkan pembangkang.
Jika ada pun hanya segelintir dan sudah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – malah ada yang masih dalam buruan.
Tiada latar belakang kewangan
Pembangkang dek kerana terlalu mahu membenci, mereka sanggup mencari apa sahaja salah dan silap seseorang itu. Begitu juga nasib yang diterima oleh Dr Madinah apabila kelayakan akademiknya dipertikai.
Bukan kerana tidak tinggi, sedangkan beliau seorang doktor, sebaliknya mereka pertikai kenapa beliau tiada latar belakang kewangan tetapi juga tetap dilantik sebagai Ketua Audit Negara.
Harus diingat, sebagai seorang yang sudah berada di peringkat Ketua Audit Negara (ketua jabatan), pengalaman dan ‘track record’ kerja yang cemerlang adalah menjadi prioriti untuk seseorang tokoh itu dipilih. Ia bukan lagi berdasarkan bidang akademik seseorang.
Ini bukannya pegawai bawahan biasa yang wajarlah dipilih mengikut kepakaran dan kelulusan akademiknya. Peringkat ketua jabatan sebegini bukan lagi bertindak sebagai seorang auditor atau pemeriksa kira kira, sebaliknya beliau berfungsi sebagai pengatur, pembuat keputusan dan pemacu kepada agenda jabatan.
Sikap sendiri yang menyebabkan pembangkang tidak dipilih rakyat
Tidak hairanlah mengapa pembangkang masih tidak diizinkan Allah untuk menjadi kerajaan. Kerana fungsi dan ‘design’ struktur urus tadbir kerajaan pun mereka masih bodoh dan dungu lagi. Jika ikut logik pembangkang, maka kenapa pula tidak pertikaikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang tiada kelayakan akademik dalam bidang sains politik tetapi mentadbir sebuah parti?
Kenapa pula Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya memiliki sarjana dalam bidang pendidikan matematik tetapi diangkat menjadi Ketua Kerajaan Selangor? Dan bukannya bidang yang lebih bertepatan? Apa lagi logik akal pembangkang yang tinggal sekarang? Semuanya tidak boleh dipakai lagi.
Pesanan buat pembangkang, jika kalian tidak faham akan selok belok urus tadbir kerajaan dan segala peraturannya, lebih baiklah bersikap berdiam diri daripada bercakap-cakap tetapi akhirnya menyerlahkan lagi kebodohan yang dimiliki itu.
Cukuplah para peminat politik sahaja yang tahu dan sedar bahawa pembangkang bodoh, dan kini giliran 1.6 juta penjawat awam pula akan mula buka mata bahawa hakikat yang mereka harus ketahui pembangkang di Malaysia sememangnya ‘tidak cukup ilmu’.
Bagi masyarakat awam pula, berhentilah daripada terus mempercayai dakyah dan momokan pembangkang ini. Mereka sekadar mahu masyarakat terus bersifat membenci. Tidak kira kepada sesiapapun, apa yang mereka mahu adalah masyarakat rasa benci, marah dan geram.
Adakah ini ajaran agama kita? Tepuk dada tanyalah iman… –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/21/apa-dosa-tan-sri-dr-madinah-mohamad/
No comments:
Post a Comment