Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 21 February 2017

ESOK, BERANIKAH MAHATHIR BERTEMU BAGINDA….

 
PADA sekitar April dan Mac 2015 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dituduh ‘melarikan wang’ sebanyak RM2.6 bilion daripada akaun 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.
Dakwaan itu disiarkan dalam sebuah laporan laman web yang berpengkalan di London, iaitu Sarawak Report.
Bagaikan ada sebuah komplot, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang pada waktu itu sudah mula menyerang pentadbiran Najib telah menggunapakai laporan dari Sarawak Report ini untuk terus membina persepsi buruk keatas Najib.
Malangnya, persepsi tanpa bukti yang cuba dimainkan oleh Sarawak Report, Dr Mahathir dengan dibantu oleh Tony Pua dan The Edge pada ketika itu berjaya dipatahkan dengan fakta yang kukuh.
Akhirnya, selepas selesai siasatan secara mikro oleh Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC), maka diumumkan pada November 2015 bahawa RM2.6 bilion bukan wang dari 1MDB.
“Anda perlu faham bahawa 1MDB dan RM2.6 bilion adalah sama sekali berbeza. 1MDB tidak ada kena mengena dengan RM2.6 bilion…biar orang awam tahu kedua-duanya isu yang berasingan,” kata Datuk Hasan Arifin, Pengerusi PAC.
Harus diingat, PAC turut dianggotai oleh lebih 30 peratus daripada anggota parlimen pembangkang, termasuklah Tony Pua sendiri.
Sejurus selepas itu, menjelang tahun 2016, barulah ramai ketahui bahawa RM2.6 bilion merupakan dana derma peribadi kepada Najib yang diutuskan daripada kerabat Di Raja Arab Saudi.
New York Times (NYT) melaporkan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan beliau tidak fikir wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib Razak datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.
Katanya, “it is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”
Difahamkan juga, derma bersifat peribadi itu adalah disebabkan tiga sebab utama yang pada keseluruhannya melibatkan hal ehwal agama Islam dan mempertahankan kerajaan Islam di negara kita.
Sememangnya isu derma dana RM2.6 bilion ke atas Najib ini sudah selesai dan tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh mana-mana pihak. Namun, kesalnya, Mahathir bersama-sama para kuncu perang miliknya berterusan memperdagangkan isu tersebut.
Ia seolah-olah Mahathir masih tidak faham akan penerangan dan bukti yang diberikan selama ini sejak akhir tahun 2015 sehinggalah awal tahun 2017. Adakah Mahathir pekak, bisu dan buta?
Mungkin juga Mahathir memerlukan mereka yang memberi dana berkenaan atau yang ada kaitan dengan pemberi itu untuk bertanya dan bersemuka.
Pengerusi PPBM itu mungkin bernasib baik kerana difahamkan, Raja Arab Saudi Penjaga Dua Kota Suci akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja dalam bulan Februari ini.
Menurut sumber dari Putrajaya, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud senang hati untuk hadir ke Malaysia sebagai tanda keakraban dan persefahaman yang baik antara dua kerajaan Islam terkuat di dunia, iaitu Arab Saudi dan Malaysia.
Maka, inilah mungkin peluang keemasan buat Mahathir untuk bertemu dengan Raja Salman – jika Baginda sudi bertemu – dan terus menggunakannya untuk bertanya mengenai isu derma RM2.6 bilion tersebut.
Apa nak ditakutkan? Bukankah seringkali Mahathir dengan ego dan angkuh menyerang Najib melalui isu berkenaan? Walaupun pada ketika pihak kerajaan Arab Saudi sudah menjawab hal sebenar, Mahathir terus tidak berhenti menyerang?
Jadi, kenapa berdolak dalih untuk bertemu sendiri dengan Raja Salman dan ‘menegur’ Baginda jika tindakan menderma RM2.6 bilion kepada Najib secara peribadi itu dianggap Mahathir sebagai tidak patut atau berdosa.
Soalnya, beranikah Mahathir menyahut cabaran kami ini? –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/21/esok-beranikah-mahathir-bertemu-baginda/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...