Kelmarin Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo mengkritik BN dengan menyatakan ketika zaman BN dari tahun 2000-2007 hanya mampu bina 5124 unit rumah berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2008 hingga 2016 telah berjaya membina 20,887 unit rumah mampu milik kepada rakyat.
Pemimpin2 DAP terutamanya Lim Guan Eng mencanangkan ke seluruh negara kononnya pencapaian hebat mereka itu dengan menyenaraikan ada 12 projek perumahan sedang diusahakan di 4 daerah di Pulau Pinang.
Apakah itu benar, mari kita lihat fakta sebenarnya:
1. Dari tahun 2011 hingga 2015 kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan sebanyak 7934 unit rumah "mampu tengok" pelbagai jenis dari teres setingkat, teres 3 tingkat dan kondominium dengan haraga bermula dari RM280,000 hingga RM3.5juta.
2. Untuk tempoh sehingga 2014 hanya 165 unit rumah kos rendah dengan harga RM42,000 dibina (tahun 2011 shj) dan 5 unit (tahun 2014) berharga RM65,000 di Pulau Pinang. Itupun dibina oleh Perda (agesi kerajaan Persekutuan)
3. Betul ka DAP dah bina 20,887 rumah sedangkan dari 12 projek yang diusahakan itu baru 2 yang dimulakan:
- Chelliah Park City, jumlah unit 2093 dgn pecahan 770 unit kos rendah RM72,500, 883 unit RM200,000 dan 440 unit dengan harga RM400,00. Projek ini bakal siap pada tahun 2018
- Bandar Cassia Batu Kawan: hanya 520 unit pada harga dari RM72,500 hingga RM300,000 yang akan disiap pada tahun 2019
4. Ini bermakna kerajaan negeri baru membina 2613 rumah untuk rakyat dengan hanya 25% adalah pada harga RM72,500 bukannya 20,887 unit seperti mana yang dicanang serata dunia oleh pemimpin DAP lebih-lebih lagi dari mulut busuk Lim Guan Eng.
5. Untuk tempoh 2000-2013, JKP Sdn Bhd (agensi kerajaan Persekutuan) telah membina 4341 rumah kepada rakyat dengan 60% adalah rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga RM42,000 sehingga RM120,000. Selebihnya adalah rumah kos tinggi dengan harga sehingga RM350,000. Itu tidak termasuk rumah yang dibina oleh pihak Perda.
Kerajaan negeri Pulau Pinang harus bercakap benar dan bukan propaganda yakni kalau baru bina cakap baru bina, jangan cakap dah siap. Kalau baru bina 2693 unit cakap la banyak tu sahaja, jangan cakap sampai puluh-puluh ribu. Jangan cakap bohong.
Satu lagi jangan tuduh kerajaan pusat tak bina rumah PR1MA atau Perumahaan Penjawat Awam 1 Malaysia sedangkan permohonan kerajaan Persekutuan itu ditolak, kononnya tidak memenuhi dasar kerajaan negeri. Ini termasuklah permohonan JKP & Perda yang nak bina rumah murah juga hampir 3,4 tahun permohonan itu diperam dan tidak diberi sebarang jawapan.
Kalau ikhlas nak bantu rakyat seperti mana yang keluar dari mulut busuk LGE dan DAP, benarkanlah agensi kerajaan Persekutuan bina rumah dan beri kelonggaran syarat yang baru dibuat semasa pemerintahan DAP di Penang.
Wallahualam
AzmanHaj
No comments:
Post a Comment