Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 7 February 2017

Kesudahannya: Siasatan Diraja RCI Skandal BMF & Bank Negara FOREX


Apakah benar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) akan ditubuhkan untuk menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (FOREX)?




Inilah persoalan yang sedang ditunggu jawapannya dan menjadi topik perbincangan yang panas buat masa ini. Tun M 'tidak kisah' jika diadakan siasatan RCI tetapi yang peliknya, kenapa beliau enggan melakukannya semasa menjawat PM dan dipaksa oleh Kit Siang DAP ketika itu?

Walau apa pun, ramai di antara kita yang masih terlalu muda atau belum lahir lagi ketika berlakunya 2 isu besar ini. Dan informasi di era 1980-an dan awal 1990-an hanya boleh diketahui melalui media cetak dan media perdana yang dikawal oleh kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad.

Maka kerana itu kita perlu tahu yang sebenarnya sebelum membuat sebarang komen dan pandangan. By now, kita sudah sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan FOREX pada tahun 1991 hingga 1994. Ianya dilaporkan sebagai kerugian yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa.

Tiada tindakan lanjut di ambil, malah bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata,

"Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ininamun ia terhenti di situ,” katanya

Malah, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang berisiko tinggi untuk mengalami kerugian. Dek kerana skandal itu juga, bekas Gabenor BNM ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein terpaksa melepaskan jawatannya pada 1 April 1994 untuk menutup kesilapan orang lain 

Skandal FOREX yang rugi AS $10 bilion (kira-kira RM44 bilion) ini cuba dibandingkan dengan isu 1MDB oleh puak-puak pembangkang walau pun ianya jauh berbeza. Anda boleh baca artikel-artikel menarik yang mengkaji perbezaannya:

Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, melainkan siasatan kes jenayah pembunuhan Jalil. Sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang.
Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa) - Tun Faisal Hussein 

Realitinya, Tan Seng Giaw Naib Pengerusi DAP yang juga Timbalan Pengerusi PAC telah pun berkata, Perdana Menteri DS Najib Razak tidak terbabit secara langsung dalam 1MBD. Tetapi puak pembangkang masih memutarbelit dan berulangkali membohongi rakyat.

Lihat video ini sekali lagi:




Begitu jelas DS Najib Razak tidak terlibat.

Anda baca juga artikel ini : 

1. 1MDB adalah masalah aliran tunai sementara skandal FOREX Bank Negara melibatkan wang hilang entah ke mana. 1MDB adalah mangsa sabotaj manakala skandal FOREX Bank Negara melibatkan menyembunyikan kebenaran dan berbohong kepada Parlimen.
2. 1MDB sedang disusun semula dan sedang dalam pemulihan manakala kerugian FOREX Bank Negara adalah wang hanyut ke dalam longkang dan hilang selama-lamanya. Setakat ini RM30 bilion telah diperolehi daripada 1MDB dan banyak lagi akan diperolehi di masa depan manakala tidak ada apa-apa yang dapat kembali dari kerugian FOREX Bank Negara.
3. Satu laporan pasukan petugas khas, laporan AG , laporan PAC, siasatan SPRM, siasatan PDRM, dan sebagainya, telah dijalankan ke atas 1MDB tetapi tidak berlaku perkara tersebut telah dilakukan mengenai kerugian FOREX Bank Negara. kerugian FOREX Bank Negara telah dinafikan dan secara senyap-senyap ‘disapu di bawah karpet’ seolah-olah ia tidak pernah berlaku manakala 1MDB adalah sebuah kes yang terbuka.
4. Tiada apa manfaat yang dapat daripada kerugian FOREX Bank Negara manakala 1MDB menghasilkan lapan pengkalan tentera, TRX, Bandar Malaysia dan bandar Malaysia dan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang akan berlangsung sepanjang 20 tahun akan datang.
5. Setelah perniagaan 1MDB telah matang sepenuhnya syarikat itu akan menunjukkan keuntungan. Tambahan pula, 1MDB menjana tunai sendir daripada pinjaman bank manakala kerugian FOREX Bank Negara melibatkan suntikan tunai daripada kerajaan - seterusnya

Yang pastinya, ada yang masih tidak mahu menerima penjelasan di atas kerana menyokong sesetengah individu atau parti tetapi inilah kenyataannya yang perlu kita faham sebelum membuat komen.

Selain daripada isu FOREX, ramai di antara kita yang tidak tahu atau kurang faham dengan skandal BMF kerana ianya berlaku pada awal 1980-an. Skandal ini menggemparkan Malaysia kerana Bank Bumiputera (milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu menaikkan ekonomi bumiputera) di cawangan banknya di Hong Kong telah memberi “pinjaman mencurigakan” kepada beberapa syarikat termasuk Carrian Holdings Ltd yang diterajui George Tan. US$600 juta dalam bentuk pinjaman tanpa jaminan telah diberi kepada Carrian oleh Bank Bumiputera ketika itu. 

Manakala AS$ 1 bilion hilang apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong. Untuk mempermudahkan pemahaman tentang BMF dan pembunuhan Jalil Ibrahim, kita lihat video di bawah :




Ironinya, skandal BMF yang berlaku pada awal 1980-an ini cuba dikaitkan juga dengan PM DS Najib Razak! Padahal, pada tahun 1980-an, Najib Razak tidak memegang sebarang jawatan di dalam kabinet Mahathir Mohamad.

2 skandal kerugian berbilion ringgit era Tun M yang masih ada lagi yang belum terjawab!

http://novandri.blogspot.com/2017/02/suruhanjaya-siasatan-diraja-rci-skandal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJcvMw+%28Dr+MiM%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...