TERTARIK dengan inisiatif Penerangan Umno Malaysia yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa, Penasihat DAP Lim Kit Siang mula ‘offer’ dirinya untuk menjadi salah seorang tenaga penceramah dalam siri jelajah penerangan isu skandal Forex dan BMF.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penulis buku skandal berkenaan tiba-tiba muncul ‘menjual diri’ kepada Umno untuk menyertai pentas lawannya ini demi mahu menunjukkan bahawa dirinya masih terus releven dalam perjuangan menentang dua skandal terbesar negara itu.
Generasi muda sekarang ini mula mengetahui akan dua skandal tersebut apabila sebuah agensi perisikan tersohor antarabangsa mendedahkan beberapa dokumen sulit yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terlibat sama secara langsung untuk ‘menghilangkan’ kira-kira RM44 bilion wang pada masa itu.
Jumlah ini diketahui bilamana bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia mencatatkan kerugian melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.
Sebab itu bekas Perdana Menteri itu diminta memberi penjelasan berhubung skandal forex terbesar dalam sejarah bank pusat dunia. Malangnya, bekas Perdana Menteri yang bernama Mahathir itu terus bersikap ‘super ego’ dan acuh tak acuh, kunun dirinya tidak bersalah ‘mencuri’ wang rakyat.
Dimana paranoid?
Apabila Mahathir dan Kit Siang sudah mula berbaik melalui gabungan antara Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dimiliki Mahathir, maka mereka berdua bagaikan sudah lupa kisah pergaduhan silam.
Jangan berbohonglah, Mahathir dan Kit Siang sudah lama terkenal sebagai musuh nombor satu antara sesama mereka sejak berpuluh tahun yang lalu. Sebut sahaja apa yang Mahathir tidak gelar kepada Kit Siang dan sebaliknya.
Namun, demi kerana mahukan kuasa dan ‘menyelamatkan’ anak-anak sendiri, maka mereka berdua bergabung untuk menggulingkan kepimpinan yang sah, yang dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tetapi, sejurus sahaja skandal Forex dan BMF ini mula tular, maka Mahathir dan Kit Siang sudah terumbang ambing dan mula kesipuan antara satu sama lain. Mana tidaknya, dahulu, Kit Siang lah yang paling lantang menyerang Mahathir dengan pelbagai fakta melibatkan Forex dan BMF.
Keseriusan Kit Siang mahu mengheret Mahathir ke muka pengadilan ketika itu sehinggakan dia sanggup menggarang dua buah buku yang masing-masing berfokus kepada dua isu berkenaan dan salah Mahathir.
Kini apa sudah jadi? Bila media bertanya pandangan Kit Siang, dia melenting dan memarahi pihak wartawan. Padahal dahulu, dia juga marah kepada kerajaan (pimpinan Mahathir) kerana tidak berlaku serius terhadap isu ini? Dahulu dia bermati-matian perjuangkan isu Forex dan BMF, tapi sekarang hanya ditanya sahaja apa pendiriannya sekarang, dia terus marahkan si yang bertanya?
Oleh itu, hanya dalih sahaja yang Kit Siang cuba mainkan apabila dia ‘offer’ diri untuk menyertai pasukan Penerangan Umno membuat roadshow pendedahan isu tersebut.
Pada hakikatnya Kit Siang sudah tersepit antara isu dan kawan baharunya bernama Mahathir itu. Jika dia lantang nanti, Mahathir akan lari? Jika dia berdiam diri pula satu dunia sudah tahu yang dulu dia asyik ‘melalak’ mahukan isu ini diselesaikan?
Dia juga semakin paranoid dalam skandal Forex dan BMF. Bukan kerana dia terlibat sama dan bersalah, tetapi kerana dia takut hilang kawan yang boleh ‘dipergunakan’ untuk mendapat pengaruh orang Melayu dan hilang kredibiliti sebagai seorang bekas ‘pejuang ternama isu Forex dan BMF’.
Jadi, dia sudah tahu bahawa pasukan Annuar Musa akan menolak ‘offer’ yang diberinya kerana dia sedar bahawa jati diri Umno masih teguh untuk tidak sesekali bersama sepentas dengan DAP, maka tindakannya itu sekadar mahu menjelaskan – kununnya dia masih pejuang isu tersebut.
Walhal, apabila Annuar Musa ‘say no!’ , maka Kit Siang berasa ‘happy!’ –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/21/forex-bmf-kit-siang-tawar-diri-tanda-dia-paranoid/
No comments:
Post a Comment