SELEPAS tindakan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Mat Tere’ dipercayai menghina Tengku Mahkota Johor (TMJ) melalui sebuah rakaman video tular di media sosial, hari ini panas pula isu mengenai seorang pemilik akaun facebook dikatakan dari Senai, Johor menghina Sultan Kelantan.
Akaun facebook bernama ‘Arif Senai’ ini telah memuatnaik status di facebook yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang juga Sultan Kelantan dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong (TYDPA), merangkap Sultan Perak.
Pemilik akaun facebook itu mempersoalkan kekayaan yang dimiliki oleh kedua-dua sultan tersebut dan menganggap bahawa rakyat bertanggungjawab mengundi Tuanku berdua sebagai YDPA dan TYDPA.
“Kenape kau undi sultan kelantan jadik agung?? Yang sultan Perak pulak jadik assistant agung…elok..due2 bodoh dan miskin! Bangkai punye agung!,” katanya dalam akaun facebook berkenaan.
Keratan skrin kenyataan itu telah menjadi tular dan mendatangkan kemarahan para netizen dari negeri Kelantan dan Perak.
Menurut sebuah facebook bernama ‘Kelantan FC – Pride and Soul’, satu laporan polis keatas pemilik akaun facebook berkenaan telah dibuat oleh seorang individu di percayai di Shah Alam, Selangor.
Malah, pengendali facebook itu juga meminta agar pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin keatas pemilik akaun facebook bernama ‘Arif Senai’ berkenaan.
“Mohon PDRM Kelantan arah PDRM Johor beri kerjasama hantar pesalah ke Kota Bharu,” tulis facebook Kelantan FC – Pride and Soul itu.
Walau bagaimanapun, hasil carian yang dilakukan portal Tv14 tidak menjumpai akaun facebook bernama ‘Arif Senai’ tersebut, melainkan hanya mendapati sebuah akaun facebook bernama ‘Muhammad Arif Sallehudin’ dengan gambar profil yang sama dan menggunakan alamat web berikut : https://www.facebook.com/arif.senai .
Tidak pasti sama ada pemilik akaun berkenaan telah menukar nama akaun facebooknya mahupun tidak, namun alamat web facebook itu jelas tertera nama ‘arif.senai’.
Netizen yang marah terhadap tindakan pemilik akaun berkenaan mula meminta pihak berkuasa untuk berlaku adil dan menjalankan siasatan segera sepertimana yang diambil keatas Mat Tere sebelum ini.
Malah, seorang netizen dengan nama akaun facebook ‘Mohd Azimy’ menulis pada facebook berkenaan agar pihak berwajib menggunapakai Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” tulisnya.
Pihak berwajib dipohon untuk menyiasat perkara ini kerana tindakannya yang dipercayai menghina YDPA dan TYPDA dengan mengaitkan soal kekayaan Raja-Raja Melayu ini amatlah biadap dan melanggar rukun kedua dalam senarai Rukun Negara kita. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/09/remaja-dari-johor-hina-dan-luah-kata-kesat-kepada-ydpa-timbalan/
No comments:
Post a Comment