Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 20 February 2017

HARGA MINYAK RM1 SELITER JIKA MENANG PRU? JANJI PEMBANGKANG YANG TAK MASUK AKAL

 
SEBELUM ini, sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat kejutan dengan memberi cadangan supaya jumlah penjawat awam di Malaysia perlu dikecilkan, kini seorang penganalisis ekonomi yang mempunyai kaitan rapat dengan badan berkenaan ‘buat hal’ lagi.
Melalui kenyataan dari sebuah portal pro pembangkang, penganalisis ekonomi yang rapat dengan Penang Institute itu mendakwa bahawa pemerintah mampu untuk menurunkan harga minyak petrol sehingga serendah RM1 bagi seliter.
Ujarnya, ia tidak mustahil sekiranya Petronas memasuki perniagaan pasaran hadapan minyak dan mempunyai pelanggan terbesar khusus seperti mana yang dilakukan Venezuela selama lebih 20 tahun.
Kajian dan pandangan tidak masuk akal tersebut dikesan melalui laporan portal berkenaan dengan tajuk Minyak RM 1/Liter Kalau Pakatan Berjaya Menawan Putrajaya yang disiarkan pada 7 Februari 2017.
 
keratan portal pro pembangkang
Namun perkara ini tidak ubah sekadar hanya mahu ‘menanam tebu dibibir’ rakyat semata-mata. Buktinya sudah jelas, para pakar atau penganalisis dalam Pakatan Pembangkang sekadar bermain persepsi supaya dapat menggaburi kepercayaan rakyat.

Lihatlah sendiri semasa dalam proses mahu mendapatkan undi rakyat ketika Pilihan Raya yang lalu, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sanggup memberi formula – untuk turun harga barang, perlu turun harga minyak.
 
Namun, sekitar awal tahun 2016 yang lalu, harga minyak di pasaran negara kita telah menurun dari RM2++ seliter menjadi RM1.60 sahaja untuk seliter.
Bagaimanapun, dari awal tahun 2016 itu sehinggalah awal tahun 2017 ini, harga barang masih tidak turun-turun, walaupun menurut janji Rafizi ia akan turun.
Jadi, mengambil kepada pengalaman bagaimana 31 juta rakyat Malaysia ditipu oleh pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Rafizi ini suatu ketika dahulu, maka amat wajarlah untuk kita tidak mempercayai janji manis Pakatan Pembangkang yang katanya mampu memberi RM1 untuk seliter minyak.
Jika isu caj RM0.20 sen beg plastik di Selangor dan isu pemilikan rumah mampu milik di Penang pun masih tidak berdaya untuk mereka selesaikan, apatah lagi isu besar seperti pemberian harga minyak serendah RM1 seliter ini. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/07/harga-minyak-rm1-seliter-jika-menang-pru-janji-pembangkang-yang-tak-masuk-akal/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...