Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 20 February 2017

TAK MUSTAHIL MAHATHIR AKAN MUFLIS DI AKHIRAT KELAK


MUNGKIN juga ramai menganggap perbuatan memfitnah itu satu tindakan kecil seperti berbohong atau menipu sahaja? Sebab itulah tidak mustahil ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempercayai Mahathir Mohamad ketika menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai contoh, pabila Mahathir memfitnah bahawa BR1M adalah suatu bentuk rasuah dan ‘dedak’, maka ramai yang sokong. Namun, tidak pula mereka mahu menolak apabila Kerajaan Malaysia menawarkan mereka BR1M.
Itu sebenarnya fitnah Mahathir keatas Najib. Sebenarnya, BR1M merupakan jaringan keselamatan sosial, suatu kaedah rasionalisasi subsidi pukal untuk golongan susah agar tiada ketirisan berlaku. Malah, BR1M diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa kira kecenderungan politik dan ugutan pilihan raya.
Seterusnya, Mahathir juga memfitnah bahawa sebanyak RM27 bilion wang 1MDB kununnya telah dilesapkan oleh Najib. Namun, cerita sebenar adalah wang tersebut merupakan kos-kos yang melibatkan pelaburan, kewangan dan hutang yang diwarisi.
Ini telah pun dijawab tanpa berselindung oleh pihak 1MDB kepada media. Kenapa pula Mahathir dan penyokongnya tidak mahu baca dan menerima? Malahan, beberapa pihak berkecuali seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah menyiasat secara mikro mengenai tuduhan ini. Keputusannya, Najib tidak melakukan sebarang jenayah.
Malah tidak cukup dengan itu, Mahathir turut memfitnah bahawa mana-mana jemaah haji yang menunaikan ibadah tersebut menggunakan biayaan dari Yayasan 1MDB, maka haji mereka itu tidak mabrur atau tidak diterima Allah.
Sekurang-kurangnya, lebih dari empat mufti tampil memperbetulkan kenyataan ‘gila’ Mahathir itu yang disangka mereka cubaan mengambil hak Tuhan. Adakah para penyokong Mahathir tidak faham bahawa urusan terima atau tidak sesebuah amalan kita ini hanya bergantung kepada Allah. Mana-mana mahklum waima Rasulullah SAW sendiri pun tidak mampu untuk menilainya.
Inilah sejumlah kecil fitnah yang dibuat oleh Mahathir keatas Perdana Menteri. Semuanya demi mahu menjatuhkan Najib sebelum tiba Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Sejauhmana dosa memfitnah?
Fitnah ini adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang yang tidak benar. Hadis oleh Muslim, Rasulullah SAW pernah bersabda :
“TAHUKAH KAMU APA ITU MEMFITNAH? PARA SAHABAT BERKATA : ‘ALLAH DAN RASULNYA LEBIH MENGETAHUI.’ RASULULLAH SAW BERKATA LAGI, MEMFITNAH ADALAH MENGATAKAN SESUATU TENTANG SAUDARA (MUSLIM) KETIKA DIA TIDAK ADA DAN YANG DIA TIDAK SUKA….,” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Manakala dosa membuat dan menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan menjadi abu sepenuhnya selepas itu. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehingga pembuat dan penyebar fitnah itu akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Soalnya sekarang, adakah Mahathir dan para pengikutnya tidak tahu tentang perkara ini? Ya, mungkin tidak salah untuk kali pertama Mahathir cuba serang Najib dengan pelbagai tuduhan liar. Bersangka baiklah kita, mungkin Mahathir tidak tahu cerita yang sebenar.
Namun, walaupun selepas berkali-kali jawapan diberikan dengan fakta yang tidak mampu dinafikan, serta ditambah pula dengan siasatan secara menyeluruh dan berkecuali keatas Najib, maka masakan Mahathir masih tidak tahu yang Perdana Menteri terbukti tidak bersalah?
Maka, apabila Mahathir berterusan menyerang Najib, ini bukan lagi soal mahu menegur atau benar-benar ada kepincangan dalam pentadbiran Najib itu. Sebaliknya, ada motif dan agenda lain yang cuba Mahathir sedang lakukan.
Tapi, mengapa hingga sanggup menggunakan fitnah untuk menurunkan Najib? Bukankah negara kita mengamalkan amalan demokrasi yang mana melalui amalan itu jugalah membuatkan Mahathir diizinkan berkuasa sehingga 22 tahun? Mahathir harus insaf jika dia tidak mahu muflis di akhirat kelak. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/09/tak-mustahil-mahathir-akan-muflis-di-akhirat-kelak/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...