Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 4 February 2017

MARAH NAJIB HARGA MINYAK NAIK : SEJAK BILA HARGA BARANG DI PENANG DAN SELANGOR TURUN?

MEDIA SOSIAL digunakan sebagai tempat untuk mengumpul dosa makian, cacian dan fitnah oleh para netizen keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Apatah lagi pada menjelangnya 1 Februari 2017, rakyat negara kita sekali lagi terpaksa menampung kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dan diesel sebanyak 10 sen.
Walaupun ia bukan atas kehendak Perdana Menteri sendiri secara konsesus, namun 100 peratus kesalahan dan dosa ini dihemburkan sepenuhnya ke atas diri Najib Tun Abdul Razak.
Caranya, para netizen akan ‘menjadi gila’ seketika di media sosial dengan menulis pelbagai jenis kata nista bagi melepaskan geram berkenaan.
Namun demikian, terfikirkah anda disebalik mahu menyalahkan pemimpin negara di bawah kuasa Barisan Nasional (BN) ini, apa pula barang atau perkhidmatan yang telah mengalami penurunan harga di negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang?
Jika BN dan Najib Tun Abdul Razak itu benar-benar tidak bagus untuk membantu rakyat, maka cuba senaraikan berapa jenis barang yang Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Kerajaan PKR Selangor telah turunkan demi kebajikan rakyat?
Adakah kedua-dua kerajaan negeri itu menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menurunkan apa-apa barang keperluan rakyat? Jika ada sila kemukakan segera.
Jadi, siapapun yang menjadi kerajaan dan siapapun yang bergelar pemimpin, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini tidak akan pernah selesai sampai bila-bila.
Fikir sejenak, adakah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu kita pernah terdengar ‘barang zaman ini amat murah’ berbanding zaman sebelumnya?
Yang kita selalu dengar adalah rakyat pada zaman kini membandingkan harga dengan zaman Dr Mahathir dahulu. Jika begitu sifirnya, maka sampai bila-bila akan menanglah kepada mereka yang menjadi Perdana Menteri dahulu.
Sama juga, 20 tahun akan datang, anak cucu dan cicit kita apabila membandingkan harga antara zamannya (tahun 2037) dengan harga di zaman ini (tahun 2017), sudah semestinya mereka akan berkata betapa murahnya harga barang zaman kita iaitu tahun 2017.
Makanya, kenapa kita memilih untuk menjadi bodoh mempercayai helah dan taktik jahat pembangkang melalui persepsi di media sosial? Sedarlah wahai rakyat Malaysia, kelak iaitu semasa kita sudah menjangkau di usia senja kita sendiri akan berasa malu pada diri sendiri kerana rela menjadi bodoh dengan mempercayai propaganda pembangkang. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/01/marah-najib-harga-minyak-naik-sejak-bila-harga-barang-di-penang-dan-selangor-turun/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...