PERDANA MENTERI, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sahaja berjaya memacu negara kita Malaysia bagi menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, malah sumbangannya terhadap dunia luar turut disanjung tinggi.
Khususnya dalam dunia Islam, Najib, anak kelahiran negeri Pahang ini telah berjaya menerpa nama sebagai pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia sekitar tahun 2016.
Corak kepimpinan dan suaranya mula digeruni apabila Najib memperjuangkan isu penempatan haram Zionis di Palestin. Bagi Najib, penempatan haram tersebut wajar dihalang bukan sahaja atas prinsip agama, malah disebabkan agenda hak asasi manusia.
Najib juga semakin digemari dunia Islam apabila memperjuangkan isu nasib etnik Rohingya walaupun diberi amaran keras oleh pihak kerajaan negara berkenaan. Dengan amalan wasatiyyah (sederhana) mengambil contoh dari sifat Baginda Rasulullah SAW, Najib telah berjaya memacu ASEAN sepanjang tempoh tersebut, khususnya dalam hubungan diplomasi antara China dan Amerika Syarikat.
Pengiktirafan keatas Najib selaku pemimpin Islam kedua paling berpengaruh itu berada di kedudukan selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau menjadi pemimpin Islam pertama berpengaruh sejurus berjaya menyelesaikan krisis di Syria, pelarian dan dalam masa sama dapat mengekalkan kestabilan ekonomi negaranya.
Berada di kedudukan ketiga selepas Perdana Menteri kita adalah Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud. Penjaga dua kota suci itu merupakan Putera yang amat disegani oleh 4,000 orang Putera Raja keluarga Al Saud. Raja Salman juga amat berpengaruh dalam bidang media cetak di negara berkenaan.
Menduduki tempat keempat dalam senarai 10 pemimpin Islam dunia itu adalah Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen. Beliau merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang amat berpengaruh di negara-negara Islam Asia Tengah.
Pemimpin Islam ditempat kelima pula ialah Ismail Haniyeh. Beliau merupakan Perdana Menteri Palestin sejak 10 tahun lalu dan bertanggungjawab dalam urusan diplomasi yang lebih baik untuk penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel.
Tampil menjadi pemimpin Islam keenam paling berpengaruh di dunia adalah pemimpin negara jiran kita iaitu Sultan Brunei Darussalam. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin merupakan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut. Selain menjadi pemimpin yang dikasihi rakyat, Baginda juga adalah salah seorang dari orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion.
Sejurus selepas Sultan Brunei, Raja Jordan, Raja Abdullah II menjadi pemimpin Islam ketujuh paling berpengaruh dan disegani dalam dunia ini. Baginda dipercayai merupakan keturunan ke 41 dari salasilah keluarga Baginda Rasulullah SAW. Di kalangan 21 negara Arab, Baginda merupakan pemimpin ketiga paling lama berkuasa selepas Sudan dan Oman.
Seorang lagi pemimpin negara jiran kita iaitu Joko Widodo menjadi pemimpin Islam kelapan paling berpengaruh. Lebih popular dengan panggilan nama Jokowi, Presiden Indonesia ke 7 itu adalah yang paling popular selepas era Suharto dan Sukarno. Suaranya mula disedari apabila berperanan melalui OIC menuntut kemerdekaan Palestin menerusi Sidang Khas di Jakarta pada Mac 2016 lalu.
Sebut sahaja nama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, pastinya majoriti dari umat Islam mengenali ulama dunia ini. Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa ini amat lantang terhadap kekejaman umat Islam yang berlaku di Rohingya, Syria, Palestin, disamping tidak pernah jemu menyeru dunia kearah jalan damai dan bukan bersifat ekstrimis. Oleh yang demikian, tak peliklah beliau menjadi pemimpin Islam kesembilan paling berpengaruh di dunia.
Mengakhiri senarai 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia adalah Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil El-Sisi. Dilahirkan pada 19 November 1954, beliau adalah Mantan Panglima Angkatan Bersenjata Mesir, Menteri Pertahanan, dari 12 Ogos 2012 hingga 26 Mac 2014 sebelum bergelar Presiden Mesir sekarang ini. Beliau berperanan besar memulihkan semula diplomasi dengan Amerika Syarikat selepas kejatuhan Morsi, disamping menguatkan lagi hubungan dengan kuasa dunia, Rusia.
Sepuluh pemimpin Islam yang berpegaruh dan disegani di dunia ini sudah cukup membuatkan kita berbangga apabila berjaya meletakkan pemimpin negara sendiri menjadi pilihan kedua tertinggi. Walaupun ada diantara penduduk Malaysia yang tidak jemu dipengaruhi oleh fitnah keatas diri Perdana Menteri kita, namun dunia Islam sebenarnya lebih bersifat celik mata dengan pengiktirafan ini.
Bersama-samalah kita memanjatkan rasa syukur dan doa agar Najib Tun Abdul Razak akan terus sihat, dipanjangkan usia dan kekal memerintah negara kita agar lebih banyak lagi manfaat dapat beliau curahkan untuk dirasai kita semua, malah turut dikecapi masyarakat Islam di seluruh dunia. Syabas Najib Razak! –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/02/najib-razak-diiktiraf-sebagai-pemimpin-islam-kedua-paling-berpengaruh-di-dunia/
No comments:
Post a Comment