Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 4 February 2017

SARJAN MEJAR POLIS MUATNAIK KOMEN MENGJENGKELKAN TERHADAP PERDANA MENTERI?

 
WALAUPUN bergelar penjawat awam, namun jika bersalah tetap tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Baru sahaja tular di media sosial printscreen sebuah akaun facebook bernama ‘Rohaya Awang Sulong’ memuatnaik komen biadap terhadap pemimpin negara.
Pemilik akaun facebook berkenaan dikesan cuba untuk bersetuju dengan sebuah gambar jelik yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diacu beberapa bilah pistol dan parang.
Sebelum itu, gambar berkenaan dikesan telah dimuatnaik oleh sebuah akaun facebook bernama ‘Penyamun Berlesen’ di ruangan komen facebook, sebelum Rohaya Awang Sulong berkenaan membalas komen itu dengan perkataan “biar jadi kenyataan…” (berkemungkinan ayat ini masih ada sambungannya).
 
printscreen yang tular di media sosial
Apa yang membuatkan para netizen begitu marah dengan akaun facebook Rohaya Awang Sulong itu adalah ia dipercayai milik seorang anggota Polis Di Raja Malaysia yang berasal dari Mersing, Johor.
Menurut butiran dalam akaun facebook tersebut, Rohaya merupakan anggota Polis berpangkat Sarjan Mejar dan berkhidmat di negeri Kedah Darul Aman. 
printscreen yang tular di media sosial
Bagaimanapun, portal Tv14 masih mencari bukti yang lebih kukuh sama ada akaun berkenaan benar-benar milik anggota Polis tersebut atau sebaliknya.
Sekiranya ia merupakan milik Rohaya, maka wajarlah tindakan disiplin dan undang-undang dikenakan keatas dirinya kerana memuatnaik komen yang menjengkelkan kepada Perdana Menteri (selaku Ketua Kerajaan) di laman media sosial.
 Selaku penjawat awam yang telah lama berkhidmat, seharusnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Jika didapati bersalah, wajarlah tindakan undang-undang ke atasnya diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 P.U. (A) 395/1993.
Semoga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memandang serius terhadap isu ini. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/02/04/sarjan-mejar-polis-muatnaik-komen-mengjengkelkan-terhadap-perdana-menteri/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...