Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya.
Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.
Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, pakatan pembangkang mesti mengikut cara BN jika mahu menang kerana BN ada kekuatan sebagai satu gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada ketika terdapat perbezaan pendapat.
Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.
“Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.
“Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan,” katanya.
Adakah Mahathir berasakan bahawa parti pembangkang tidak tahu akan perkara itu? Jelas sekali pembangkang sudah arif berkenaan perkara itu tetapi mereka enggan bersatu sebagai satu gabungan kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.
Berpakat hanya sekadar untuk menang sahaja. Lepas menang masing masing ada agenda masing masing.
DAP sudah tentu jadi parti teras dalam Pakatan Harapan. Parti terbesar itu tidak hanya berpuas hati dengan jawatan TPM, sebab itu Kit Siang pernah kata apa salahnya kalau bercita cita menjadi PM.
Mahathir pula ada cita citanya sendiri iaitu inginkan anaknya menjadi PM. Jangan dilupakan Anwar. Kalau Anwar keluar, Anwar juga mahu jadi PM.
Kelam kabut jadinya Pakatan Harapan ini. Sebab itulah mereka tidak mahu buat satu pakatan yang jelas secara perlembagaan dan logo.
Supaya senang bercerai dan berpisah bila mahu melaksanakan agenda peribadi masing masing.
Hancur negara kalau jadi begitu. Janji entah ke mana, yang penting bagi mereka hanyalah merampas kuasa.
Jika ada wakil mereka yang menang lebih banyak kerusi, mereka boleh berkuasa dengan menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri.
Mahathir tahu semua ini tetapi apa boleh buat, demi cita cita peribadi dan kepentingan kroni, Mahathir sanggup buat apa sahaja.
Mahathir menuduh ahli BN dan UMNO sudah tidak mempercayai pemimpin serta gabungan itu bergolak menentang Najib.
Kontradiksnya dalam kenyataan itu Mahathir menyatakan tiada perpecahan dalam BN dan ikatan sesama parti komponen adalah amat kuat.
Maknanya Mahathir tahu BN masih kuat dan bertambah kuat untuk hadapi PRU14. Oleh kerana itulah Mahathir langsung tidak berani turun ganggu masa PRK Tanjung Datu, sebab tahu BN akan menang.
Kenapa Mahathir tidak mahu tiru cara DAP? Apakah Mahathir tidak mahu iktiraf Kit Siang sebagai pemimpin parti politik paling lama di dunia? Sejak 1966 sampai sekarang, sudah tentu strategi DAP lebih baik.
Kit Siang berjaya kekal selama 51 tahun. Anaknya berjaya jadi Ketua Menteri dua penggal. Pencapaian Kit Siang itu jauh lebih baik dari Mahathir. Mengapa Mahathir tidak mahu tiru?
Meniru cara BN adalah satu strategi yang amat memalukan sama sekali. Pakatan pembangkang tidak akan boleh menjadi satu pakatan pun.
Hendak bermesyuarat satu meja pun mereka gagal apatah lagi hendak buat satu logo dan perlembagaan.
Calon Perdana Menteri pun sampai “pecah kepala” mereka fikir nama yang sesuai.
Tidak ada satu nama lagi untuk siapa calon PM Pakatan Harapan. Itu dah jadi bukti mereka tidak berpakat pun sebenarnya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB330, Khamis
16 Mac 2017
Beruang Biru
BB330, Khamis
16 Mac 2017
http://www.tv14.my/2017/03/16/mahathir-mahu-tiru-bn-bukan-tiru-dap-apa-sudah-jadi/
No comments:
Post a Comment