Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 23 March 2017

TAHNIAH KIT SIANG, 51 TAHUN BERKUASA TAPI MASIH TAK FASIH BERBAHASA MELAYU

UCAPAN tahniah semalam diucapkan oleh Tan Sri Annuar Musa kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kerana mencipta sejarah sebagai seorang pemimpin diktator dan kronisme paling lama berkuasa di dunia.
Menurut Annuar, Kit Siang yang berkuasa penuh kepada DAP tetap tidak mahu melepaskan kuasanya walaupun telah memegang jawatan dan berkuasa selama 51 tahun.
Ini mengalahkan kuasa yang dipegang oleh Pemimpin Tertinggi Korea Utara  Kim Il-Sung selama 46 tahun, Robert Mugabe berkuasa di Zimbabwe selama 37 tahun, Ferdinand Marcos selama 31 tahun, Soeharto sebagai Presiden Indonesia selama 30 tahun dan beberapa pemimpin lain di dunia.
Mereka semua ini tidak mampu mengalahkan rekod yang dicipta oleh Kit Siang yang masih berkuasa walaupun sudah 51 tahun memegang DAP.
Fikir logik akal yang waras, selama 51 tahun berkuasa di sesebuah negara, mustahil untuk seseorang itu masih tidak mampu menguasai adat resam dan undang-undang negara tersebut.
Cukup mudah kita dapat lihat jika ada mana-mana warga Bangladesh atau Eropah yang sudah menetap di Malaysia selama 51 tahun, mereka pun mampu menguasai Bahasa Melayu dengan amat baik sehingga tidak terbeza dengan bahasa asal mereka sendiri.
Contoh lain, Mat Dan dan Mat Daud yang merupakan bukan berbangsa Melayu pun sudah berjaya berkomunikasi dengan lancar dalam Bahasa Melayu. Malah, mereka berdua mampu menguasai dialek masyarakat Melayu Terengganu dan Kelantan. Tanda mereka menghormati adat resam dan budaya masyarakat Malaysia dan akal fikiran mereka berfungsi dengan baik.
Namun tidak bagi Lim Kit Siang. Apabila ‘pemilik parti Chuavinis’ itu dikritik oleh Annuar di Dewan Rakyat, maka dia tidak tahan lalu bangun untuk mencelah. Walaupun apa yang dikatakan oleh Annuar itu adalah fakta.
Malangnya, Kit Siang tidak mampu berhujah panjang kerana dia amat tidak fasih berbahasa Melayu. Ini amat malang buat rakyat negara kita kerana mempunyai seorang pemimpin pembangkang yang bukan sahaja degil untuk bersara dari kuasa, malah tidak fasih berbahasa kebangsaan.
Secara tidak langsung, Kit Siang telah ‘menafikan’ Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yakni Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang patut digunakan dalam pertuturan harian di negara ini.
Jika warga Bangladesh yang hanya bekerja di sektor 3D pun mampu menguasai Bahasa Melayu dengan elok walaupun baru 50 minggu bekerja di Malaysia, kenapa Kit Siang masih tidak pandai berbahasa Melayu walaupun sudah 51 tahun berkuasa sebagai pemimpin diktator DAP?
Adakah Kit Siang tidak memperdulikan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan tidak menghormati masyarakat majoriti di negara kita?
Ini bukanlah sebuah tuduhan rambang tidak berasas atau sekadar fitnah semata-mata, jika mahu kebenaran dan buktinya, elok tonton video-video berkenaan yang jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana Kit Siang penuh ‘seksa’ untuk mencuba diri berbahasa Melayu sehingga menyebabkan dia terpaksa guna Bahasa Inggeris lebih kerap kerana tidak fasih berbahasa kebangsaan ;



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...