WASHINGTON: Anak lagenda petinju Muhammad Ali mendakwa sekali lagi ditahan dan disoal siasat di sebuah lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki pesawat ke Fort Lauderdale.
Peguam Muhammad Ali Jr berkata anak guamnya itu bertemu ahli perundangan untuk membincangkan kes penahanannya di lapangan terbang bulan lalu. Muhammad Ali Jr ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood selepas kembali dari Jamaica pada 7 Februari lalu.
Beliau mengunjungi Washington Rabu lalu untuk berbincang dengan anggota jawatankuasa kecil anggota Kongres mengenai keselamatan sempadan berhubung pengalaman beliau ditahan. Semalam, Peguam Chris Mancini, berkata Ali ditahan selama 20 minit ketika cuba menaiki pesawat JetBlue Airways.
Beliau bercakap dengan pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menerusi telefon sebelum dibenarkan menaiki pesawat itu. Ali percaya beliau ditahan kerana beragama Islam. – AP
http://www.tv14.my/2017/03/12/muhammad-ali-jr-ditahan-sekali-lagi/
No comments:
Post a Comment