Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 12 March 2017

BANGSA JOHOR ‘TALKINKAN’ PPBM DI DEWAN CINA PENGERANG

RUPANYA, pemerhatian sesetengah pihak sebelum ini terhadap keseriusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu berkuasa di Johor agar meleset.
Ramai yang menganggap bahawa PPBM kurang berminat untuk berkuasa di Johor kerana negeri berkenaan sedang dalam perhatian sekutu mereka, DAP.
Namun ia meleset apabila dalam masa dua hari, dua pemimpin paling utama parti berkenaan bersungguh-sungguh turun ke Johor. Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi sehingga sanggup mengheret isteri yang sudah lanjut usia semata-mata mahu melihat tapak Forest City dengan beraksi ala remaja hipster dan raver.
Manakala presiden pula pada sabtu malam terpaksa turun ke kawasan Parlimen Pengerang bagi menghasut rakyat Johor untuk membenci pemerintah negara dan negeri, seterusnya bertindak memilih PPBM.
Bagaimanapun, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke program Bicara Pemimpin Bersama Rakyat Pengerang disambut oleh ratusan kerusi berwarna hijau.
 
Walaupun jemputan dibuka kepada umum ke program yang berlangsung di sebuah dewan cina itu, namun ia tetap tidak berjaya mengumpul ratusan rakyat berhampiran Sungai Rengit, Pengerang.
Ini merupakan detik paling memalukan PPBM kerana presiden mereka sendiri hanya disambut oleh ratusan kerusi, berbanding kira-kira 50 hingga 60 rakyat sahaja yang bersedia untuk mendengar siri pembohongannya.
 
Walaupun Muhyiddin merupakan anak jati Johor dan pernah bergelar Menteri Besar Johor, namun ia masih tidak mampu untuk menarik minat rakyat bagi mendengar ceramah Presiden PPBM berkenaan.
Ingin melihat sesuatu, harus dilihat kepada kepalanya. Begitulah juga jika kita mahu melihat tahap sokongan keatas PPBM secara keseluruhan. Apabila menyaksikan sendiri reaksi rakyat di Pengerang terhadap kedatangan Muhyiddin ini, maka jelaslah kepada kita bahawa, Bangsa Johor tidak berminat untuk bersama PPBM. 
Tidak kiralah jika bekas Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Bangsa Johor sendiri yang turun, namun mereka masih tetap mampu berfikiran waras untuk mengetahui parti mana yang benar-benar membantu rakyat.
 
Tidak perlu lagi hujah atau alasan yang panjang, malam tersebut (program ini) telah membuktikan bahawa PPBM sudah dikuburkan dengan talkin kerusi berwarna hijau di bumi Johor, khususnya Pengerang.
Ini petanda bahawa adalah lebih baik supaya PPBM mengkaji semula tindak tanduk mereka hari ini yang lebih gemar memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membantu rakyat.
Jika PPBM dimalukan lagi selepas ini di kawasan lain pula, janganlah Najib juga yang dipersalahkan nanti. Talkin untuk PPBM di Johor sudah boleh dibaca. –Tv14
http://www.tv14.my/2017/03/05/bangsa-johor-talkinkan-ppbm-di-dewan-cina-pengerang/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...