Keupayaan kerajaan mengendalikan konflik hubungan diplomatik dengan Korea Utara menyebabkan pembangkang khuatir ia memberi kelebihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi pembangkang apa yang baik bagi kerajaan adalah buruk bagi mereka dan yang buruk bagi kerajaan adalah baik bagi pembangkang dan itu adalah perkara biasa.
“Pembangkang khuatir apa saja yang positif bagi kerajaan adalah berita buruk bagi mereka dan berita baik bagi mereka,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat agung Veteran Umno Bahagian Jerlun di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung, Padang Sera di Jerlun, hari ini.
Katanya, isu antara Malaysia dan Korea Utara itu sepatutnya dijadikan isu bersama dan dipertahankan oleh rakyat negara ini tanpa mengira parti politik dan tidak bersifat kepentingan kepartian.
“Isu ini bukan sekadar kepentingan kepartian seperti yang diwar-warkan oleh pihak tertentu tetapi ia melibatkan, kedaulatan negara dan maruah negara yang perlu digalas bersama.
“Kita juga tegas dengan cara kita sebab ia jenayah yang berlaku di negara kita Malaysia, tetapi janganlah mengatasi undang undang dan keluhuran Perlembagaan negara ini,” katanya.
-Bernama
http://www.tv14.my/2017/03/11/annuar-dedah-pembangkang-takut-najib-berjaya-selesaikan-konflik-korea-utara/
No comments:
Post a Comment